SEARCH

LFW F/W 2019 : ‘Ribut Kencang’ Jadi Riwayat Riccardo Tisci Untuk Burberry?

LFW F/W 2019 : ‘Ribut Kencang’ Jadi Riwayat Riccardo Tisci Untuk Burberry?

Adakah ‘ribut’ mengencangkan pentas Burberry musim luruh 2019? Riccardo Tisci seperti berada di persimpangan. Dia menyapu satu imbasan yang menyedarkan kita pada era Givenchy-nya dan pada masa sama, cuba berpadu dengan budaya British yang selalu diketengahkan oleh Burberry. Agaknya Riccardo rindu akan elemennya, lantas melangsungkan adicita ini untuk musim luruh 2019? Mengulang kembali zaman rave, mengait kemudaan dan bercanda pula dengan warisan Burberry.

Riccardo berjaya mengunci pandangan di permulaan minggu fesyen London. Satu permulaan yang baik. Orang telah memusatkan perhatian ke atas apa yang telah Riccardo lakukan terhadap Burberry musim lepas dan musim luruh kali ini, ia sekali lagi menjadi biji butir percakapan.

Saat dia mengeluarkan satu demi satu look yang disempurnakan gaya anak rambut basah melekap, mencorakkan dahi, we were like… hold the phone. Musim luruh 2015, all over again? Riccardo tidak peduli dan mengembalikan sesuatu yang pernah dipopularkan olehnya pada musim luruh 2015?

Jelas Riccardo yang mahu menegapkan sinar baru buat Burberry, dia mengamati eksplorasi yang bersangkut paut dengan kontras – kontras dari aspek budaya British dan cuaca. Mengadakan pertunjukannya di The Tanks di Tate Modern dan menamakan himpunan kali ini sebagai ‘Tempest’, – ‘Tempest’ yang membawa makna angin ribut – Burberry musim luruh 2019 memperkirakan semula kod yang pernah melewati persembahan Riccardo pada bulan September yang lepas. Apa kaitannya dengan ‘ribut’, kami menjangkakan mungkin Riccardo sebenarnya menculik rasa Brexit. Maka itulah dia menggunakan ‘ribut’ dan disaingi lagi dengan budaya British. Mungkin juga, kan.

Apa kata Riccardo-lah, ‘Tempest’ bagai menyaksikan proses pendewasaan. The girl, the boy, the lady and the gentlemen, yang sama sahaja strukturnya dengan pertunjukan September Burberry tahun lalu. Riccardo mengahwinkan sifat yang berbeza mungkin. Contohnya, pendisiplin kepada si pemberontak, ketradisionalan yang tidak bisa lentur kepada sesuatu yang tidak takut bersikap agresif dan yang formal kepada yang tak konformis. Melihat senario ini, ia seakan-akan mencadangkan aspek yang merangkumi semua. Dalam erti kata lain, menerima kepelbagaian. Oleh yang demikian, ia menghidupkan karakter yang saling berselisih.

burberry riccardo tisci lfw fall 2019

Menurut pendapat kami, pertunjukan ‘Tempest’ daripada Burberry tidak ada hit and miss. Riccardo berjaya mencetus detik-detik yang pasti membuatkan kita tidak lupa pada himpunannya. Kemeja polo T yang diperbaharui rupanya, helaian umpama jersi yang dipanjangkan menjadi dress, dress korset yang provokatif dipakai bersama kemeja T dan jaket kuilt labuh mencecah lantai yang dihiasi motif jaluran bak seragam ragbi. Terselit juga satu look yang dilengkapi lining bendera Union Jack besar seperti mantel, yang memperkasakan semangat British Riccardo.

Daripada look ini, ia beralih kepada klasik Burberry – seperti kot trench klasik warna perang, the classic Burberry checks, sut-sut lelaki, gaya kerja perempuan dengan kemeja sutera malah ada juga look baju panas dengan tali leher yang mengingatkan kita pada Burberry musim bunga panas 2014 zaman Christopher Bailey. Benar-benar menggambarkan ‘proses pendewasaan’ yang Riccardo cuba sampaikan menerusi Burberry.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE