SEARCH

LFW F/W 19 : Stail Jalanan Dipenuhi Warna-Warni!

LFW F/W 19 : Stail Jalanan Dipenuhi Warna-Warni!

Minggu fesyen kali ini menimbulkan rasa taasub kami akan stail jalanan! Entah mengapa. Barangkali disebabkan oleh kepelbagaian gaya mahupun ada kelainan yang dibawa oleh pemain-pemain kuat industri fesyen – contohnya gaya berseluar panjang ‘menggenangi’ jalanan New York, manakala di London pula disimbah identiti warna-warni. Ya! Di minggu fesyen London, penuh dengan warna-warni. Rona-rona bertenaga, terang, blok warna… semuanya menjadi perhitungan undangan-undangan di London!

Baru kelmarin dunia fesyen hiba, muram setelah menerima khabar pemergian lagenda, Karl Lagerfeld. Dunia fesyen bagai buta kehilangan tongkat sekejap, lebih-lebih lagi buat Chanel dan Fendi yang tak menyangka terjadinya hal ini. Tambahan pula, dalam waktu berlangsungnya minggu fesyen lagi. Namun, bak kata orang, “Life goes on.”

Bagi meneruskan hidup, hati biar kental dan alih pandangan kepada sesuatu yang optimis. Sementara itu, fokus seketika pada stail-stail jalanan di minggu fesyen London baru-baru ini. Yang mana satu menjadi pilihan kami, yang mana satu menaruh minat kami dan yang mana satu kami rasa trend kali ini.

Kami akui, mungkin sebelum-sebelum ini, kami tidak memberi perhatian sepenuhnya terhadap stail-stail jalanan. Mungkin kerana kami rasa stail jalanan tidak lagi mengujakan seperti selalu? Well, kami peram sahaja perasaan itu. Terima kasih kepada undangan-undangan minggu fesyen tahun ini, mereka berjaya menyalurkan tenaga baharu. And we kinda like it!

Di London, oleh sebab bertebaran warna-warni di sekitar jalanan, ia terus menjadi ‘agenda’ utama kami. Barisan mereka yang hadir tidak segan menyatukan rona-rona terang ke atas tubuh masing-masing, mendandani diri bagaikan satu parade! Pasangan kembar Amiaya memilih rona hijau untuk dipadankan dengan rambut merah jambu mereka, manakala si blogger Harper Silin ‘gila-gila’ menyarung baju kait tebal dalam blok warna pastel hasil rekaan Hope Macaulay.

Bercakap fasal blok warna, penata gaya, Jeanette Madsen juga meresap stail yang hampir sama. Baju panas dengan motif jaluran blok warna dipadankan dengan seluar labuh hijau. Dan Siobhan Bell pula menghiasi dirinya dalam rona terang neon atas bawah.

Ayuh, kita lihat stail-stail jalanan warna-warni minggu fesyen London yang menjadi pilihan STAIL.MY!

stail jalanan london fashion week

 

 

 

 

 

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE