SEARCH

5 Fakta Tyler Mitchell, Fotografer ‘Cover’ Vogue isu September

5 Fakta Tyler Mitchell, Fotografer ‘Cover’ Vogue isu September

Siapa Tyler Mitchell? Diskusi tentang siapa Tyler Mitchell terungkap di bibir orang selepas kulit hadapan majalah Vogue U.S isu September 2018 dilepaskan dan namanya sampai ke sudah, terus dijulang. Dialah yang bertanggungjawab di sebalik gambar Beyonce untuk Vogue U.S isu tersebut dan dikatakan telah menempa sejarah.

Menurut Refinery29, “Photographer Tyler Mitchell Just Made Vogue History”, Vox pula muncul dengan tajuk “How Beyonce And Photographer Tyler Mitchell Made History With Her Vogue Cover” dan E! News menegaskan “How Beyonce’s Vogue Cover Is Making History And Why That Matters.”

Mengapa? Kerana Tyler adalah antara fotografer termuda yang diiktiraf oleh Anna Wintour dan fotografer Afrika-Amerika pertama yang menangkap gambar cover untuk isu ‘the January of fashion’ yang dinanti-nantikan!

tyler mitchell vogue us september issue beyonce

Dalam pada masa keributan adakah Anna Wintour akan meninggalkan Vogue menggamatkan pencinta-pencinta fesyen segenap dunia (tetapi tidak pun), pandangan terus beralih pula ke riwayat yang mensejarahkan Vogue U.S. Anna meletakkan kepercayaan dan keyakinannya pada fotografer milenial ini, mungkin kerana keunikan karya gambar-gambarnya atau Tyler membawa kesegaran ke dalam Vogue U.S.

Kiranya, bijak jugalah Vogue U.S, kerana langkah yang mereka ambil ini – mengiktiraf Tyler sebagai fotografer isu September – menawan perhatian semua orang sehingga menjadi highlight bulan ini.

Di sini, kami susun lima fakta pendek tentang Tyler Mitchell, bagi mengiringi kejayaannya sebagai fotografer Afrika-Amerika termuda untuk Vogue U.S isu September 2018!

5 FAKTA TENTANG TYLER MITCHELL
1. Ya, Tyler Mitchell Mencipta Sejarah!

Dengar-dengarnya, Beyone diberi kebebasan untuk memilih siapa fotografer yang bertanggungjawab mengambil gambarnya untuk Vogue U.S isu September 2018. Tyler Mitchell dipilih sebagai fotografer di sebalik gambar Bey menjadikan dia fotografer temuda dan Afrika-Amerika pertama untuk isu September! Yes! Vogue menampilkan dua cover yang berbeza – Bey menggayakan dress Gucci bersama hiasan kepala daripada Rebel Rebel dan satu lagi Bey menyarung dress Alexander McQueen.

2. Berkelulusan Dalam Bidang Filem & Televisyen

tyler mitchell vogue us september issue beyonce

Orangnya berjiwa seni. Tyler belajar di New York University’s Tisch School Of Arts dan dia menerima sarjana muda dalam bidang seni halus untuk filem dan televisyen. Tidak hairan mengapa dia mempunyai skil dalam menghasilkan video juga.

3. Teen Vogue, Solange…

Antara portfolio Tyler yang lain termasuklah menangkap gambar Emma Gonzalez untuk Teen Vogue isu Mac tahun ini. Malah dia juga yang mengambil gambar-gambar instalasi seni Solange yakni Metratonia. Jadi, Tyler bukan asing lagi buat keluarga Bey.

4. Mengeluarkan Buku ‘El Paquete’

Tyler pernah megeluarkan buku yang dipenuhi siri foto-fotonya. Buku berjudul El Paquete menyingkap karya-karya Tyler, merakam momen-momen serta keindahan sub-budaya juga anak-anak muda di Cuba. Secara spesifik, budaya bermain papan luncur di jalanan Cuba sewaktu musim panas. Dia berjaya meraih perhatian umum menerusi bukunya.

5. Menggambarkan Keaslian & Kuasa POC (People Of Colour)

tyler mitchell vogue us september issue beyonce

Tyler dikenali dengan keluarbiasaan dia memotret keremajaan atau kemudaan dalam karya-karya gambarnya juga mengagungkan male beauty, terutama sekali mereka yang berkulit hitam. “I depict black people and people of colour in a really real and pure way,” jelas Tyler, pabila menyentuh tentang identiti hasil kerjanya. Benar, jika meneliti kerja-kerja Tyler, rata-rata subjek fotonya adalah orang-orang berkulit hitam mahupun people of colour. Dia menggambarkan mereka dalam rupa yang jujur dan ‘raw’.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE