Posted on March 24, 2025

Linen+ Denim memang akan menjadi penyelamat setiap perayaan atau percutian ke pulau! Tiada lagi rungutan kerana berasa panas sewaktu berkunjung ke rumah keluarga dan secara jujur, berpakaian selesa adalah lebih praktikal untuk cuaca Malaysia supaya Raya menjadi lebih menyeronokkan. Tahun ini, Levi’s® membawakan koleksi perayaan yang menyuntik keselesaan dan gaya klasik dengan sentuhan moden melalui inovasi terkini mereka – Linen+ Denim.
Linen+ Denim: Keselesaan Maksimum di Musim Perayaan
Linen+ Denim adalah inovasi denim ringan yang digabungkan dengan linen premium, memberikan keseimbangan sempurna antara gaya dan keselesaan. Dengan fabrik yang nyaman serta anyaman yang lebih luas, ia memastikan pengaliran udara yang lebih baik untuk membantu mengurangkan haba terperangkap – sesuai untuk cuaca tropika dan kesibukan musim perayaan. Hasilnya? Potongan denim yang lebih lembut, beralun, dan cukup versatil untuk digayakan dalam pelbagai suasana Raya.
Gaya Klasik, Sentuhan Moden
Levi’s® menyempurnakan koleksi perayaannya dengan helaian klasik yang diperkaya dengan linen, menjadikannya lebih ringan berbanding denim biasa, sangat sesuai untuk dibawa balik kampung dan melancong kan? Antara potongan ikonik dalam koleksi ini termasuk XL Straight Linen+ dan 568 Loose Straight Linen+, memberikan keselesaan optimum tanpa mengorbankan gaya.


Pilihan untuk Wanita
Bagi wanita yang ingin tampil santai tetapi tetap anggun, Levi’s® mempersembahkan siluet yang menarik untuk digayakan sepanjang kunjungan Raya. Antara pilihan yang boleh dimasukkan ke dalam koleksi peribadi anda ialah:
- Blaus Gina, Gaun Maksi Marla Airy & Kardigan Snowflake – helaian santai yang memberikan ruang untuk pergerakan bebas.
- Jeans Cinch Baggy, Jeans 318 Shaping Wide-Leg & Jeans 90s Straight – memastikan anda selesa dari pagi hingga malam tanpa menjejaskan gaya.

Pilihan untuk Lelaki
Untuk lelaki, koleksi ini menawarkan variasi jeans dan seluar kasual yang sesuai untuk dipadankan dalam apa jua situasi:
- 555™ Relaxed Straight & 468 Loose Shorts – potongan longgar yang mengekalkan kesejukan walaupun cuaca panas.
- Seluar XX Chino Authentic Relaxed & Parachute Cargo II – memberikan alternatif kasual dengan gaya lebih moden.
- Pocket Shirts, Jaket Full Zip Mechanics, Kemeja Berbutang & Polo Sweater – padanan atas yang melengkapkan penampilan perayaan anda.

Dapatkan Koleksi Raya 2025 Levi’s® Hari Ini!
Nikmati keselesaan Linen+ Denim sambil mengekalkan gaya tersendiri sepanjang Aidilfitri. Koleksi Levi’s® Raya 2025 kini tersedia di semua butik Levi’s® seluruh negara dan secara dalam talian di Levi’s Malaysia. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang inovasi Linen+ Denim, layari di sini.
Apa pandangan anda?