SEARCH

Minimalace & ‘Muse’, Liyana Bakarudin (Nana) Memperkenalkan Soiree Raya!

Minimalace & ‘Muse’, Liyana Bakarudin (Nana) Memperkenalkan Soiree Raya!

liyana bakarudin

Syawal bakal datang bertamu! Bayangkan hari raya akan mengetuk pintu dalam masa lebih kurang dua minggu lebih, menitip seribu satu lagi memori indah. Bulan untuk kita lafazkan kesyukuran dan kemaafan, yang ternyata jadi semakin sempurna dengan gaya-gaya minima Minimalace – sempena hari raya tahun ini, memperkenalkan himpunan baharu SOIREE RAYA 2019!

liyana bakarudin

‘Soiree’ dicedok daripada makna pertemuan rapat yang digabungkan dengan kesemarakan musim perayaan berakhirnya puasa, mendasari tema raya 2019 Minimalace. Menampilkan inspirasi yang datangnya daripada potongan baju kurung tradisional juga kebaya, yang mempengaruhi rekaan-rekaan Minimalace Soiree Raya 2019 lalu diberi nafas segar.

Lazimnya citra minima menjadi sendi utama, namun kali ini, Minimalace mencabar diri bermain dengan butiran klasik seperti renda seraya tidak gentar menggunakan fabrik-fabrik lembut dan mewah. Contohnya seperti sutera krep, sifon sutera, tulle juga renda French yang menjulang seri anggunnya. Minimalace menyemat keharmonian tiga aspek ini – minima bertemu elegan dan mewah – yang menyaingi cita rasa perempuan semasa. Bak kata pengasas Minimalace, Fatin Liyana Alias, “Soiree raya 2019 mensasarkan perempuan-perempuan dalam lingkungan usia 20 ke 35 tahun.”

liyana bakarudin

Ada 25 helaian atau rekaan utama Minimalace Soiree Raya 2019. Dan motif-motif botani dalam rupa grafik yang menyarati rekaan, antara key look-nya. Manakala siluet berbentuk skirt duyung dan peplum pada bahagian atas sudah menjadi signature rekaan. Ditambah lagi teknik susunan renda, renda bertampal, hiasan-hiasan mutiara serta kemasan ropol-ropol menyuntik kelainan pada himpunan ini.

Dalam pada memperkenalkan Soiree Raya 2019, Minimalace menghidupkan dewi ilhamnya, menggelari Nana atau Liyana Bakaruddin sebagai wajah rasminya. Pemilihan Nana sebagai dewi ilham menepati gambaran perempuan Melayu lembut elegan, sebagaimana identiti yang dikehendaki Minimalace. Saat berbicara fasal terpilih menjadi wajah rasmi Minimalace, jelas Nana, “Saya berharap pemilihan saya ini mampu menaikkan lagi nama Minimalace di persada fesyen tempatan!”

liyana bakarudin

Nana atau Liyana Bakarudin sebagai dewi ilham Minimalace.

liyana bakarudin

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE