SEARCH

Charlie Heaton Merentangi Paris, Jadi Wajah Loewe 2020

Charlie Heaton Merentangi Paris, Jadi Wajah Loewe 2020

Pipi bersememeh dengan palitan gincu, duduk bertentangan dengan cermin dalam rupa seperti berlengah-lengah. Charlie Heaton ligat beraksi di bilik bersiap belakang pentas, memakai baju singlet paras buku lali berona putih dan mengkhayalkan kita pada sosok seorang anak panggung. Sandiwara ini menginspirasikan Loewe untuk dijadikan perihal kempen fesyennya seraya menyaingi himpunan terbaru musim bunga panas 2020 di Paris.

loewe charlie heaton

Ya, Loewe menyunting pelakon British yang membintangi siri Stranger Things, Charlie Heaton sebagai wajah rasmi kempen fesyen musim bunga panas 2020!

Loewe bersama-sama fotografer Steven Meisel menangkap imej Charlie, mencorakkan satu perjalanan cerita yang bertemakan detik-detik sebelum menuju ke gelanggang bermain sandiwara. Charlie yang terlihat duduk menghadap pantulan refleksi dirinya pada cermin dan menyapu gincu dalam kempen fesyen ini menerangkan watak yang bakal dia lakonkan di atas pentas nanti.

Gaya serta grooming yang direalisasikan oleh penata gaya, Benjamin Bruno, artis solek, Pat McGrath dan pendandan rambut, Guido Palau, seperti yang sudah-sudah, kempen fesyen Loewe musim bunga panas 2020 ini tercetus daripada arahan kreatif Jonathan Anderson sendiri. Ia mengolah sebuah trilogi – di mana salah satu lagi imej merakam tangan Charlie mengepal erat rumput juga tanah, bagi melambangkan sangkalan terhadap pergolakan dunia masa kini.

Trilogi ini diakhiri pula oleh imej beg Grand Puzzle – beg yang membuat kemunculan di atas pentas musim bunga panas 2020! Beg yang terhasil menerusi kerja kraftangan di Sepanyol, diperbuat daripada kulit anak lembu, tambahan baharu keluarga Puzzle ini mengilhamkan motif jaluran ragbi. Mengapa jaluran ragbi? Untuk memberi penghormatan kepada legasi Jonathan Anderson serta sukan ragbi sendiri.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE