SEARCH

Imej Kempen Loewe Terbaru Ini Ada Makna Di Sebaliknya

Imej Kempen Loewe Terbaru Ini Ada Makna Di Sebaliknya

loewe spring 2019 campaign nora attal steven meisel

Fesyen sekarang umpama filem. Mengolah pratonton atau mengusik akal kita dengan iklan acah tentang apa yang terkandung untuk musim mendatang, sehingga menerbitkan macam-macam anggapan. Celine yang ‘kontroversi’ melepaskan imej-imej potret model-model warna hitam putih menandakan ‘Celine yang baru’. Loewe pun melangsungkan langkah sama yakni melepaskan beberapa imej kempen sewaktu minggu fesyen lelaki pada bulan Jun yang lalu, yang menunjukkan preview himpunan wanita musim bunga 2019.

Sebahagian daripada strategi pemasaran ataupun berlumba-luma meraih perhatian?

Apa-apa pun, imej Loewe daripada Jonathan Anderson untuk musim bunga 2019 menimbulkan tanda tanya. Salah satu imej kempen menampilkan model asal Marakesh, Nora Attal – bergaya dengan topi bulu-bulu, dalam jaket suede labuh bersama waistcoat daripada material kulit dan berseluar putih – dengan kapsyen kecil di bawah ‘Nora as me, 2018’?

Ironinya lagi, look yang Nora pakai dalam kempen ini tidak terlihat pun di atas pentas Loewe musim bunga panas 2019 baru-baru ini. Lagilah ia mencetus seribu satu persoalan… apa sebenarnya?

Jonathan sendiri yang bertindak sebagai pengarah seni kempen tersebut kiranya membelit-belit kepala kita dengan falsafah atau tema di sebaliknya. Kata Jonathan, ‘Nora as me’ itu adalah merujuk kepada sebagai Steven Meisel, as in, ‘…as me’ adalah ‘…as Steven Meisel’ – Steven Meisel adalah fotografer yang menangkap gambar-gambar kempen Loewe ini. Dan helaian-helaian yang dipakai oleh Nora ini bersangkut paut dengan gaya peribadi Steven, rupa-rupanya.

Menurut temu bual Jonathan bersama British Vogue, katanya siri kempen ini memerihalkan bayangan Jonathan bersama-sama Steven tentang perkara-perkara asas yang mendasari jenama Loewe. Jonathan mahu menyandiwarakan ikonografi Steven dalam kempen ini dan ia seakan-akan ‘physical exercise’.

 “It’s about the idea of what is real,” jelas Jonathan kepada British Vogue yang menghuraikan lagi perjalanan cerita kempen tersebut bertujuan untuk menyingkap persoalan-persoalan seperti, siapa diri kita dan apa yang kita lihat dalam diri kita? Wow, Jonathan menjadi begitu analitikal dan terlalu ‘intelektual’ yet enigmatic dalam menghasilkan kempen-kempen imej fesyennya sungguhpun gaya olahannya ringkas.

Bercakap tentang usikan Jonathan, pada masa sama dia menakali kita dengan kelucuan dalam imej-imej kempen ini. Pertama-tama, menjelmakan ikonografi Steven pada sosok Nora yang mengajuk karakter-karakter Steven.

Kemudiannya, imej kedua kempen Loewe digambarkan dalam suasana latar pangkalan labuh tepi pantai di Sepanyol yang sengaja kelihatan seperti replika membelakangi tiga model sebagai teraju utama – dalam rekaan-rekaan Loewe musim bunga panas 2019.  

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE