SEARCH

London Fashion Awards 2017, Selain Miss Piggy Siapa Lagi Yang Stailish? Generasi Lama Vs. Generasi Baru

London Fashion Awards 2017, Selain Miss Piggy Siapa Lagi Yang Stailish? Generasi Lama Vs. Generasi Baru

Barisan model-model lama dengan yang baru, bergaya dalam rekaan Azzedine Alaia sebagai tanda penghormatan di atas pemergian pereka fesyen itu

Selepas kebangkitan Edward Enninful merangkul jawatan ketua pengarang dan memperhebat British Vogue, London Fashion Award 2017 pula menyusuli yang berlangsung beberapa hari lepas. Dan ia berakhir dengan jayanya!

Adwoa Aboah membawa pulang Model Of The Year, manakala Stella McCartney diberi penghargaan Special Recognition Award For Innovation. Dua sosok wanita paling disegani, Donatella Versace dan Maria Grazia Chiuri menggondol dua kategori penghormatan – Fashion Icon Award untuk Donatella dan Swarovski Award For Positive Change untuk Maria. Designer Of The Year pula dirembat oleh Raf Simons untuk Calvin Klein dan British Emerging Talent – Womenswear diserahkan kepada Michael Halpern.

Yang menariknya lagi, betapa bijaknya acara ini, mereka mengundang Miss Piggy sebagai juruacara yang memimpin majlis! Miss Piggy berkeletah dan ada ketikanya duduk di samping Emmanuelle Alt, dia pandai mencuri perhatian. Ok, Miss Piggy slayed it! Bukan main lagi Miss Piggy bergaya dalam persalinan Saint Laurent Paris dan bagi kami, dia juga antara yang stailish di London Fashion Awards!

Hari menghargai insan-insan yang signifikan buat dunia fesyen – selain Miss Piggy yang mencuri perhatian dan memperlihatkan kemenangan – sudah tentulah ‘perang fesyen’ di kalangan jemputan-jemputan menjadi salah satu highlight kami. Daripada pereka-pereka fesyen, artis solekan, ke model-model sampailah ke selebriti-selebriti, semuanya menampilkan kelainan juga ketersendirian dalam persalinan masing-masing.

London Fashion Awards kali ini mempertaruhkan penampilan-penampilan antara undangan generasi lama dan generasi baru. Seperti Pamela Anderson yang membuat kemunculan and… it’s good to see her again! Dia datang dalam dress kemeja jemeki daripada 16 Arlington yang dipakai dalam rupa bersahaja dan jarang sekali melihat Pamela berimej sebegitu. Erykah badu pula hadir dalam gaya eksentrik dan membuktikan tiada siapa lagi mampu menyaingi the OG queen. 

Bercakap fasal eksentrik, penyanyi generasi baru FKA Twigs pun muncul dengan imej yang hampir sama. Dia berhias dalam gaun kembang Versace yang walaupun ada keeksentrikan itu, ia masih mampu mempamerkan sisi elegan FKA Twigs. Model milenial yang tengah hangat sekarang, Kaia Gerber pula memakai dress Ralph & Russo penuh ropol dan menyerlahkan kematangan model belasan tahun itu.

Gaya-gaya generasi lama versus generasi baru di London fashion Awards yang manakah menjadi pilihan STAIL.MY? Ini senarai kami!

PILIHAN STAIL.MY : GAYA-GAYA GENERASI BARU DI LONDON FASHION AWARDS

London Fashion Awards 2017 Zendaya

Zendaya dalam dress daripada Vivetta

London Fashion Awards 2017 Adwoa Aboah

Adwoa Aboah dalam rekaan Michael Halpern untuk Halpern Studio

London Fashion Awards 2017 halima aden

Halima Aden menggabungkan kontra dalam rekaan Topshop

London Fashion Awards 2017 Kaia Gerber

Kaia Gerber nampak matang dalam dress Ralph & Russo

London Fashion Awards 2017 FKA Twigs

FKA Twigs menyarung gaun kembang Versace

London Fashion Awards 2017 Alexa Chung

Alexa Chung nampak quirky dalam dress jenama miliknya sendiri

PILIHAN STAIL.MY : GAYA-GAYA GENERASI LAMA DI LONDON FASHION AWARD

London Fashion Awards 2017 Stella Mccartney

Stella McCartney dalam dress rekaannya sendiri

London Fashion Awards 2017 Giovanna Battaglia

Giovanna Battaglia menggayakan dress Richard Quinn

London Fashion Awards 2017 Pamela Anderson

Pamela Anderson dalam dress kemeja 16 Arlington

London Fashion Awards 2017 Erykah badu

Erykah Badu nampak eksentrik menyarung rekaan Gucci

London Fashion Awards 2017 Erin o Connor

Erin O Connor menghiasi diri dalam Christopher Kane

London Fashion Awards 2017 bianca jagger

Bianca Jagger nampak classy, dalam dress serba hitam bersama beg bimbit Dior

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE