SEARCH

Longchamp 70 Tahun & 6 Soalan Bersama Philippe Cassegrain

Longchamp 70 Tahun & 6 Soalan Bersama Philippe Cassegrain

longchamp phillipe cassegrain interview

Selamat ulang tahun ke-70, Longchamp! Tak terjangka Longchamp menghampiri usia satu abad – dari waktu Jean Cassegrain ambil alih bisnes tembakau ayahnya, menukar nama jenama menjadi Longchamp sebagai penghormatan buat tempat balapan lumba kuda sehinggalah meluaskan cabang perniagaannya kepada rangkaian beg tangan dan aksesori.

Bulan lepas, Longchamp mementaskan himpunan debut di minggu fesyen New York, mengiringi ulang tahun tujuh dekadnya. Memilih lokasi World Trade Center, bersaksikan latar langit Manhattan menyaingi himpunan yang menafaskan semangat California dan estetika Perancis.

Dalam menyambut hari jadi Longchamp, kami mempersembahkan soal jawab eksklusif bersama Philippe Cassegrain, anak kepada Jean Cassegrain dan insan yang bertanggungjawab dalam melahirkan Le Pilage!

Kamu masih ingat lagi detik ayah kamu, Jean Cassegrain mengasas jenama Longchamp?

Tujuh puluh tahun itu lama sudah, tetapi rasanya seperti baru semalam. Pada 1948, ayah saya, Jean Cassegrain mengasas Longchamp dan pada waktu itu, saya berumur sebelas tahun. Setiap kali saya tidak ada kelas atau bersekolah hari Khamis, saya akan membantu ayah saya memperbaiki sarung-sarung kulit. Beberapa tahun seterusnya, saya akan menolong membuat penghantaran di sekitar Paris dan kemudian kami berpeluang merantau ke luar negara untuk bertemu dengan pelanggan-pelanggan antarabangsa.

Adakah ayah kamu tahu yang dia akan mengasas jenama mewah bertaraf antarabangsa?

Ya, dia tahu. Dia sudah memasang cita-cita juga mempunyai matlamat dari mula lagi. Malah dia menugasi Turenne Chevallerau untuk mereka simbol jenama Longchamp yang menampilkan kuda Longchamp dalam olahan seperti ia sedang tangkas bergerak. Ayah saya juga memunculkan idea iklan ‘Smoke The Longchamp Pipe’ pada tahun tersebut yang dipamerkan atas kereta penghantaran kami.

Adakah Longchamp sudah bertaraf antarabangsa sejak dari awal lagi?

Showroom kami tersergam indah di tengah-tengah Paris, yakni di Boulevard Poissonniere, di arrondissement kedua. Pada ketika itu, lokasi tersebut sangat-sangat popular dan menjadi tumpuan utama untuk membeli-belah. Jadi, ayah saya menerima kedatangan pelanggan-pelanggan dari setiap sudut dunia yang mencari-cari trend terbaru. Apabila saya menginjak usia 16 tahun, ayah saya menghantar saya ke Afrika, seluruh Asia dan Amerika bukan sahaja untuk bertemu dengan pelanggan-pelanggan kami, tetapi juga untuk membawa jenama ini ke persada yang lebih luas lagi.

Perniagaan keluarga adalah penting buat Longchamp?

Sejak dari awal lagi, jenama Longchamp membabitkan ahli keluarga kami – ibu saya yang membantu ayah saya dalam mengendalikan perkhidmatan melayani pelanggan-pelanggan Longchamp di Paris Fair, menguruskan butik dan menyelia semua perkara yang berkaitan dengan perniagaan. Kami (anak-anak) bertindak dalam membantu menghasilkan sarung-sarung rokok dan passport. Saya pernah memilik motosikal Vespa yang memudahkan pergerakan saya ketika proses penghantaran di mana ke lokasi-lokasi hotel mewah di Boulevard Haussmann. Saya meghantar barang-barang untuk perokok ke kedai-kedai terpilih. Kadang-kadang adik-beradik saya yang lain, Jean-Francois dan Dominique juga turun padang menolong apa-apa yang perlu.

Dan saya sebagai anak sulung, merasakan ini adalah satu tanggungjawab besar untuk meneruskan legasi Longchamp. Saya tidak terfikirkan pun kerjaya lain. Longchamp tetap di hati saya.

Apakah ilham atau idea yang tercetus sewaktu kamu mereka Le Pilage pada 1993?

Idea tercetus apabila saya merantau ke Amerika dan saya membawa sekali prototaip beg mudah lipat. Hasilnya adalah ‘Xtra Bag’ yang diolah daripada satu fabrik sahaja dan fabrik itu adalah nilon. Nilon adalah fabrik yang ringan tetapi kuat dan tidak pernah digunakan oleh sesiapa pun sebagai material untuk beg. Bukan itu sahaja, nilon juga kalis air. Pada 1993, kami menggunakan nilon sebagai material utama Le Pilage. Moden dan tidak terlalu ‘serius’ dari aspek rekaan, tambahan pula disempurnakan dengan ketersendirian, tidak hairanlah ia merangkul sukses!

Sebagai jenama yang sudah berusia 70 tahun, adakah jati dirinya sama seperti ketika ia diasaskan oleh ayah kamu pada 1948 sebelum-sebelum ini?

Jenama Longchamp sudah berkembang maju dari semasa ke semasa. Matlamat ayah saya untuk menampilkan kualiti dan membariskan keunggulan mutu produk-produk adalah pemangkin utama yang menjadi inspirasi perniagaan kami. Ia dicapai lagi oleh usahasama dengan pasukan-pasukan kami segenap dunia. Saya sangat-sangat bangga akan kejayaan Longchamp yang telah mengukir nama sebagai jenama mewah Perancis yang masih memperjuangkan nilai-nilai yang sama.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE