SEARCH

Luxottica Hamparkan Jenama Hebat Untuk Kaca Mata Berpotongan Moden, Serlahkan Penampilan Kamu

Luxottica Hamparkan Jenama Hebat Untuk Kaca Mata Berpotongan Moden, Serlahkan Penampilan Kamu

Koleksi kaca mata di bawah Luxottica untuk musim bunga/panas 2018 mula dipertontonkan kepada media minggu lalu. Berbagai koleksi dengan potongan unik dan futuristik moden berjaya menangkap mata saya. Mari saya perkenalkan satu rekaan unik mewakili setiap jenama.

luxottica

Ray-Ban The Marshal

Terapat tujuh warna unik koleksi ini antaranya warna emas, perak, hijau, gunmetal dan hitam. The Marshal mengambil idea potongan shades ikonik jenama ini tetapi dimodenkan lebih berliku. Warna ombre biru menjadi keunikan pada koleksi ini kerana ia bukan sebarangan biru.

luxottica

Prada Tapestry Special Collection

Sedikit sarat pada rekaan tepi, namun itulah kelainan rangkaian ini. Enam warna pilihan untuk model ini antaranya hijau, biru + hijau + kuning, cokelat + merah + kuning dan gelap. Hanya pemilik wajah lonjong sahaja mampu membawa look Tapestry dengan baik.

luxotticaBurberry London England Collection

Kaca optik untuk wanita ini ilham corak-corak yang tedapat pada helaian baju, skaf, dan aksesori kulit Burberry diletakkan pada bingkai. Logo jenama tertera besar di sisi bingkai kaca mata. Model BE4260 ini mempunyai kaca berwarna gradient.

luxottica

Coach Sunwear Collection

Inspirasi stail vintaj, kaca bulat dengan berbingkai metal sememangnya menyerlahkan penampilan. Lagi pula warna oren kelabu bi-gradient dan cermin polar dikombinasikan menjadi kaca mata bintang legenda.

luxottica

Dolce & Gabbana DG4318

Kali ini untuk lelaki pula. Bentuk segi empat tepat memberi muka lebih bersegi. Tambahan pula dengan logam yang menjadi jambatan antara kedua-dua kaca. Saya pilih bingkai tompok-tompok ini kerana ingin mewujudkan elemen funky pada si pemakai.

luxottica

Emporio Armani EA2057

Inspirasi rekaan daripada goggle musim sejuk, model bold dan futuristic ini seperti cerminan semangat dan revolusi jenama untuk kaca mata lelaki ini. Terdapat bingkai ultralight, jambatan dan kaca mata berbentuk geometri sporty. Ada dua warna untuk model ini antara lain rose gold.
luxottica

Giorgio Armani AR 6069

Paling unik, model ini seperti yang digambarkan pada pentas peragaan Giorgio Armani musim luruh/dingin 2017/2018. Keunikan bingkai atas yang menjadi tulang belakang kaca mata ini dominan sebagai hi-fashion dan terpapar kemewahan pada rekaannya.

Sila layari Facebook rasmi Luxottica untuk ketahui berbagai koleksi terkini. Juga kongsikan gambar-gambar kamu dengan kaca mata dan sertakan #luxotticaMY

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE