SEARCH

Malaysia, What’s New This Week? Projek Kitar Semula H&M, Pembukaan Max Mara, Inisiatif Topshop & ‘DV One’ Versace!

Malaysia, What’s New This Week? Projek Kitar Semula H&M, Pembukaan Max Mara, Inisiatif Topshop & ‘DV One’ Versace!

What’s up Malaysia? What’s new? Kami memberi opsyen pada kamu minggu ini. Sama ada kamu berhati mulia melakukan sedikit kerja kebajikan, bersandarkan pojok fesyen mahupun kamu berhajat untuk melabur ke atas sesuatu yang memuaskan kehendak. Either way, its your call!  Minggu ini, Kuala Lumpur menyaksikan satu pembukaan butik baru di nadi beli belah utamanya, yakni di Pavilion, projek kitar semula pakaian-pakaian lama untuk menyejahterakan sarwajagat, inisiatif membantu kebajikan nasib wanita Bengal Barat di India dan pengenalan himpunan beg tangan baru, yang menjadi highlight pentas Milan.

H&M & GRAB BERKOLABORASI

Empat tahun lepas lagi H&M sudah melaksanakan usaha yang membenarkan orang menyumbang pakaian-pakaian lama – tidak kiralah apa jenama pun, bukan saja H&M – kepada H&M sendiri, daripada dibiarkan bazir sehingga terkambus di tanah pelupusan sampah. Dan percaya atau tidak, matlamat H&M tercapai.

Ia meraih lebih daripada 49,000 ton pakaian, mengurangkan pembaziran di tempat penghapusan sampah sehingga mencetus kesedaran satu dunia! Tahun ini, H&M tidak melekangkan idea itu sekali lagi dan buat kali keduanya, bergandingan dengan sistem pengangkutan masakini – yang diwujudkan oleh Asia Tenggara – yakni Grab!

Tidak hanya fokus pada kawasan Lembah Klang saja, ia diperluaskan lagi ke Johor Bharu dan Penang. Mereka yang mendiami tiga lokasi ini berpeluang untuk merasai pengalaman mengitar semula daripada stokin ke tuala lama ke baju mandi sehinggalah dress atau blaus yang kamu tidak pakai lagi. Tempahan boleh dibuat secara mudah menerusi aplikasi Grab di telefon bimbit dengan menekan ikon ‘H&M’ dan hanya untuk ‘garment pick up only’.

THE NEW MAX MARA, DI PAVILION KL

malaysia what's new

Let’s take a walk this weekend, lanja-lanjaan ke Pavilion dan daripada melente tak tentu arah, check out butik Max Mara yang baru! Terletak di aras dua, di sudut hujung menghampiri kawasan dataran Pavilion, tertubuhnya butik Max Mara berdindingkan gelas. Mencerminkan kemewahan dan bersifat feminin, butik Max Mara yang baru ini melumpukkan semua rangkaian Max Mara termasuklah difussion line-nya seperti Max Mara (sudah tentu!), SportMax, Max Mara Pianoforte, Max Mara Studio and Weekend Max Mara. 

Sekali lagi, berdindingkan gelas, dengan fasad gelas ‘Second Skin’ membolehkan butik ini kelihatan dari luar dan pabila kamu ada peluang melihat ia menerusi dinding tersebut, what do you see? Sebuah butik berkeluasan 1,800 meter persegi yang dibahagikan sudut dalaman kepada beberapa kategori – ready-to-wear, barisan kot, aksesori seperti kasut dan beg juga skaf-skaf.

‘KUNCI KEPADA KEBEBASAN’ OLEH TOPSHOP

malaysia what's new

Satu lagi inisiatif mulia yang kali ini dianjurkan oleh jenama high street asal London, Topshop. Rangkaian Key To Freedom sekali lagi buat kali kelapan, ditampilkan atas tujuan menyokong Women’s Interlink Foundation (WIF) dalam membantu wanita-wanita muda di Bengal Barat, India. Daya usaha ini pula berkehendak menyediakan kemudahan selamat untuk kumpulan wanita Bengal Barat, menolong mereka mengembangkan skil juga kebolehan dari segi menjahit dan percetakan tekstil. Keuntungan daripada Key To Freedom akan dimanfaatkan oleh Topshop untuk Women’s Interlink Foundation, bagi memperkukuhkan lagi kebajikan wanita-wanita ini.

Topshop dan badan bukan kerajaan ini bekerja secara langsung dengan kumpulan wanita muda Bengal Barat, yang bukan saja mengutuhkan skil menjahit dan mencetak fabrik, malah mengajar mereka menghasilkan prototaip dan mengawal kualiti. Akhir sekali, wanita-wanita ini berintegrasi dengan Topshop dalam memilih item mana yang akan dijual di butik, sekaligus mendidik mereka fasal proses di sebalik bisnes.

Musim ini, himpunan Key To Freedom menampilkan kimono, sundress, romper dan jumpsuit, selain beg make up dan beg weekender yang berteksturkan quilt. Kesemua item ini dihasilkan menggunakan material kapas dengan cetakan yang diilhamkan daripada motif tradisional India. Apa yang menjadikan ia lagi istimewa adalah, setiap satu item tersebut dihasilkan oleh kraf tangan kumpulan wanita Bengal ini, lengkap dengan tandatangan masing-masing.

LAMBANG PERKASA VERSACE – DV ONE!

malaysia what's new

Baru saja kami memerihalkan sandiwara Donatella Versace lip sync Versace On The Floor dengan skuad model-nya seperti Natasha Poly dan Binx Walton. But we’re not gonna talk about that again today. No, not today. Kita berbicara fasal aksesori beg Versace yang mampu memperkasakan kuasa wanita, malah simbol kekuatan jenama ini sendiri. Ucap helo kepada DV One!

Dengar saja initial DV bagai boleh agak daripada mana ia muncul. DV = Donatella Versace! Beg DV One ini pernah dipertunjukkan buat julung kali di atas pentas musim luruh dingin 2017 Versace. Beg ini sengaja direka dalam sifat structured bersegi untuk mencerminkan kekuatan. Berpegang pada empat kata kunci – abadi, elegan, nakal dan individual – DV One ini, bak kata Donatella sendiri, “Beg untuk si wanita yang yakin, tahu akan kekuatan dirinya dan tiada perasaan curiga.”

Di sebalik rupa berstruktur, DV One lengkap dengan flap yang cukup sofistikated pada poket-poket ala  concertina. Fastening kancing dengan kepala Medusa tiga dimensi menyempurnakan lagi idea rekaan DV One.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE