SEARCH

Marc Jacobs’ Ruffles Is Driving Everyone Nuts! Dan Ia Datang Ke Kuala Lumpur

Marc Jacobs’ Ruffles Is Driving Everyone Nuts! Dan Ia Datang Ke Kuala Lumpur

Marc Jacobs sangat serius fasal ropol-ropol. Marc mengirim seangkatan model, berjalan melewati pentas musim bunga 2019-nya dengan hiasan ropol-ropol ekstra, kembang dan gah bukan kepalang. Dia bercanda dengan drama, yang tertindih oleh keberaniannya bereksperimen dengan fabrik, lalu menjelmakan sesuatu yang di luar jangkaan. Luar biasa? Sudah tentu!

Pemergian Karl Lagerfeld nescaya membekas dalam jiwa Marc Jacobs, sehingga ia umpama meninggalkan satu ‘saung’ besar dalam hatinya. Marc memandang tinggi Karl sebagai mentor, pembimbing mahupun sumber inspirasinya, terutama sekali dalam mencorakkan budaya pop dalam sendi-sendi rekaannya. Itulah Marc Jacobs, tidak pernah dirasuki perasaan ‘madu diminum serasa cuka’. Tidak pernah dia anggap hasilan pereka-pereka fesyen lain sebagai lawannya. Sebaliknya, Marc melihat pereka-pereka fesyen ini sebagai pengaruh kuat buat dirinya.

Marc mengunjungi semula pereka-pereka fesyen yang pernah mengilhaminya. Dia menjadikan mereka sebagai rujukan dan mengiramakan ia bersama-sama himpunannya yang terdahulu untuk membentuk koleksi musim bunga 2019. “Things that I continually go back to”, seperti yang tertulis dalam nota pertunjukannya. Marc menyimpul kelembutan dalam olahan pola dan pada masa yang sama terbetik keperkasaan dari aspek siluet.

marc jacobs spring summer 2019 ruffles kuala lumpur

Fabrik-fabrik lembut seperti kapas, sutera dan bulu-bulu burung unta menjadi perhitungan Marc untuk musim bunga 2019. Yang dia gubah menjadi sesuatu yang bercanggahan dengan ketradisionalan. Ropol-ropol besar yang kelihatan bagai menenggelami tubuh menjadi butiran utama kali ini! Ropol-ropol diolah kasar, romantik serta yang menebarkan kenunikan, benar-benar mencabar daya inovasi yang terkandung dalam akal budi Marc.

Ropol-ropol ekstra pada bahagian bodice, skirt, leher, lengan, pada bahu juga terlilit di bahagian pinggang ini menafaskan siluet dan seragam baharu si perempuan. Bersempena merai kehadiran himpunan sedia pakai penuh ropol-ropol ini yang bakal ‘menyerang’ pasaran Kuala Lumpur, lihat imej-imej butiran ropol musim bunga 2019 Marc Jacobs – belakang pentas dan di atas pentas – yang pasti menuntut segala kemahuan kita semua!

 

 

 

 

 

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE