Posted on April 6, 2020
Bagaimana seseorang itu berjaya ‘membocorkan’ Margiela In His Own Words dalam Pornhub? Ia bukan satu jenaka yang bercanda atau mempermainkan kita bersempena April’s Fool. Bukan. Ini adalah kisah betul. Like, for real!
Ya, dokumentari Margiela In His Own Words yang sepatutnya dilepaskan pada 10 April nanti, leaked di laman web lucah Pornhub minggu lepas dan menjadi persoalan semua orang – siapa dan bagaimana ia ‘dibocorkan’? Cuma buat masa sekarang, tidak pasti lagi sama ada dokumentari ini masih lagi berada dalam laman web tersebut atau tidak (kerana Pornhub dilarang dibuka di Malaysia, lol!).
Lalu berpestalah pencinta-pencinta fesyen. Meledak mengobar-ngobarkan niat masing-masing untuk melayari Pornhub. Dengan alasan atau berdalih untuk menonton Margiela In His Own Words. Filem dokumentari ini yang diarahkan oleh Reiner Holzeimer – pengarah dokumentari Dries – dan dikeluarkan oleh kompeni Dogwoof – kompeni yang sama mengeluarkan dokumentari Iris dan Dior & I – menyingkap kisah hidup Martin Margiela yang membina empayar fesyennya dalam cara tersendiri. Yakni tidak mempamerkan wajah sebenarnya, figura yang ‘sukar ditangkap’ bagaimana rupanya dan membiarkan identitinya tidak diketahui.
Malah, dalam trailer dokumentari Margiela In His Own Words pun hanya kedengaran suara Martin sendiri (sebagai salah seorang narator) dan tidak memperlihatkan langsung sosok sebenarnya. “I’ve always wanted my name linked to the product I created. Not to the face I have,” kata Martin dalam sedutan trailer tersebut. Selain mengikuti kisah siapa Martin Margiela, dokumentari ini juga membuka mata kita tentang idea ekstrem serta rekaan distingtif Martin yang menggoncangkan dunia fesyen.
But then again, who leaked it in Pornhub? Boleh jadi ia bertujuan untuk pemasaran semata-mata, supaya orang bercakap-cakap fasalnya. Oleh kerana Martin itu sendiri misteri orangnya, maka ‘dalang’ yang membocorkan dokumentari ini di Pornhub pun dibiarkan awanama. Kononnya, ia mempunyai kaitan yang rapat dengan keperibadian Martin. Who knows. Barangkali juga ini adalah cara ‘pemasaran digital’, sebelum ia dilepaskan secara rasmi pada 10 April nanti? Disebabkan hampir semua orang kini duduk di rumah akibat pandemik Covid-19 dan tambahan pula Pornhub menjadi antara laman web yang paling kerap dilayari sekarang, makanya medium Pornhub adalah yang terbaik untuk mempromosikan dokumentari ini. Who knows?
Walau apa pun, jangan lupa saksikan Margiela In His Own Words pada 10 April ini di platform on-demand!
Apa pandangan anda?