SEARCH

Megan Rapinoe Bukan Sahaja Raih Juara, Namun Rangkul Gelaran Ikon Stail!

Megan Rapinoe Bukan Sahaja Raih Juara, Namun Rangkul Gelaran Ikon Stail!

Setelah Megan Rapinoe mewartakan secara umum yang dia tidak akan menjejakkan kaki ke White House dan bertemu dengan Donald Trump, melainkan dia being “inaugurated”, terus kami memusatkan sepenuh perhatian ke atasnya. Bukan sebab Megan lancang mulut, tetapi keberanian dia yang kami kagumi. Dia jujur, tidak gentar speak her mind dan menunjukkan ciri-ciri seorang pemimpin!

Sungguhpun mendapat cemuhan daripada pro-Trump dan daripada Donald Trump sendiri, ia tidak meruntuhkan semangat Megan. Dia masih lagi mampu tersenyum, apatah lagi bila pasukan bola sepak wanitanya menjuarai FIFA Women’s World Cup 2019. Bertambah suka kami pada Megan, kerana semangat serta jiwanya yang kental, membuktikan dia sememangnya seorang ikon yang harus didukung tinggi.

Dan… menyentuh fasal gaya peribadi pula, Megan cemerlang! Perasan atau tidak? Apakala Megan membuat kemunculan – baik muncul secara kasual mahupun di acara-acara tertentu – dia sangat bijak dan gigih mengatur dirinya kelihatan stailish. Misalnya, kehadiran Megan di ESPY Awards pada bulan Julai lepas, menggayakan imej non-binary, menyarung persalinan sut hitam bersama seluar pendek daripada material kulit dengan padanan kasut Louboutin, yang ditata gaya oleh Karla Welch, menegaskan bahawa dia punya prinsip tersendiri dari segi hal berfesyen. Mengupah Karla sebagai penata gaya peribadi lagi, bermakna Megan tidak alang-alang dalam soal imej.

Malah gaya-gaya kasualnya – selesa berjaket kulit dan kadang-kadang berkot labuh – juga harus dipuji. Megan sentiasa gabung padan bersama sniker sukan untuk memperlihatkan sisi kesukanannya dan kadang-kadang ‘menyisip’ aksesori beg tangan funky, hanya untuk mencipta statement. Sementelahan gaya rambut potongan pendek berona ungu kemerah-merahan, menghidupkan edge pada penampilannya.

Dalam salah satu post Instagram-nya, yang menunjukkan himpunan sniker milik Megan, – Megan is a sneakerhead and we love! – dia ada mengatakan minatnya dalam fesyen dan mencita-citakan satu hari nanti, dia mahu menjadi pereka fesyen. Daripada situ kita boleh tahu bahawa Megan memang suka berfesyen dan daripada mana dia dapat that bold sense of fashion. So guys, sekali lagi kami tegaskan, Megan adalah ikon stail yang harus diberi tumpuan!

evolusi gaya-gaya megan rapinoe yang kami suka!

 

megan rapinoe style icon 2019

 

 

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE