SEARCH

Melania Trump Menjadi Ikon Stail, Percubaan Untuk Menyaingi Michelle Obama… Yay Or Nay?

Melania Trump Menjadi Ikon Stail, Percubaan Untuk Menyaingi Michelle Obama… Yay Or Nay?

Kalaulah si suaminya berfikiran terbuka, tidak selalu mengeluarkan kenyataan dungu dan tidak buta hati, mungkin saya akan suka Melania Trump. With all due respect, kerap juga apa yang terucap daripada mulut presiden Trump agak menyakitkan hati. Oh well.

Letak ke tepi isu politik sekejap dan fokus pada stail si isterinya, Melania. Saya mengaku, si pendamping presiden Amerika itu memang cantik dan stylish dari segi penggayaan atau penampilan. Tidak pernah gagal dia memperlihatkan sisi diri yang fashionable – gemar menyarung rekaan daripada Delpozo dan baru-baru ini menyarung dress jubah Gucci ketika lawatan ke China. Iyalah sosok asal wanita Slovenia ini dahulu kan seorang model, jadi jasad fesyen itu sudah mengalir dalam dirinya.

Namun, sedari mendukung gelaran First Lady of the United States ini, Melania sepertikan galak bergaya dan jika perasan, designer clothes pasti tersarung di atas tubuhnya. Maksud saya, apakala ada acara, majlis rasmi, lawatan, kemunculan di mana-mana, Melania bagai nak rak tak beralah bergaya.

Melania Trump Roland Mouret style

Melania TRUMP semasa menerima kedatangan presiden Korea Selatan, muncul dalam gaya yang nampak matang dan ringkas. Dia menyarung dress sheath dengan perincian peplum Roland Mouret.

Ada saja aturan gaya yang dipertunjukkan oleh Melania sebagai tatapan, baik untuk media mahupun orang ramai. Dia akan terus mendandani diri dalam Dior, Michael Kors, Dolce & Gabbana dan macam-macam lagi.

Saya anggap Melania seolah-olah cuba untuk menyaingi penampilan-penampilan Michelle Obama. Don’t you think so? Ingat lagi semenjak Michelle bergelar First Lady selama lapan tahun sebelum ini, sewaktu Barrack Obama duduk di takhta presiden, dia sentiasa menjadi tumpuan utama dan gaya-gayanya seringkali dipuji. Mana bisa lupa helaian-helaian J.Crew yang sudah sinonim dengan Michelle? Dan rekaan-rekaan Ralph Lauren juga Jason Wu yang menjadi kegemaran Michelle?

Melania Trump Dior style di Paris
MELANIA TRUMP KETIKA DI PARIS seperti mahu menyesuaikan penggayaan dengan suasana destinasi YANG DITUJUI (literally!). Dia memilih dress merah Dior, membuatkan dirinya tampil klasik dan ladylike.

We feel like Melania takes cue from Michelle. Nampaklah juga Melania hendak menonjolkan imej empowerment, ‘monolithic’ dan mencipta santun seakan-akan wanita kehormat. Entahlah, but you be the judge!

MELANIA TRUMP & GAYA-GAYANYA SEJAK BERGELAR FIRST LADY… YAY OR NAY?

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE