SEARCH

High Octane Oktober, Apa Yang Menarik Bulan Ini?

High Octane Oktober, Apa Yang Menarik Bulan Ini?

Usai September, masuk Oktober dan bulan ini menjanjikan antisipasi… bukan sahaja buat kami, malah buat kamu juga! Ada empat perkhabaran yang pasti menjadikan Oktober kamu lebih stailish dan memperpenjang tempias fesyen dari bulan September lepas – daripada kolaborasi H&M X Giambattista Valli ke kemunculan integrasi L.A Gear dengan Skechers dan canda Daiyan Trisha bersama Wanderlust. Are you excited?


INSTAPUMP FURY’S BACK… OKTOBER INI?

Sebagai pencinta setia Instapump Fury, satu perkhabaran yang menggembirakan diterima pada bulan Oktober ini. Instapump Fury muncul kembali! Yeay! Reebok dan Adidas bersatu tenaga, mengeluarkan himpunan sniker Instapump Fury Boost. Direka untuk menyuntik rasa bebas dan menterjemahkan gaya luar jangkaan, kasut yang versatil ini hadir sekali dengan teknologi Boost daripada Adidas yang meningkatkan prestasi.

Instapump Fury Boost memperkenalkan tiga rangkaian utama : Prototype, OG Meets OG dan Black & White. Prototype menampilkan corak rona sampel Instapump Fury Steven Smith – rona putih, bersama biru diraja bercampur jingga solar. Ia ditambah sedikit elemen BoostTM Adidas yakni panel mesh yang terdapat pada UltraBOOSTTM. Mula tersedia di pasaran hujung Oktober kelak, OG Meets OG hadir dalam siluet bertunjangkan teknologi, lari daripada kebiasaan. Menggunakan rona-rona asli bersama palitan kuning sitron pada bahagian upper kasut membalas rona merah lembayung serta hitam.

Nadi warna hitam putih yang mencerminkan nilai bersih dan keseimbangan menjadi permainan rona utama Black & White. Gabung padan rona ini yang tercipta untuk menyempurnakan penggayaan. Rangkaian yang tak lekang daripada jati diri Steven Smith ini bakal dipasarkan pada 6 Disember nanti.


GIAMBATTISTA VALLI X H&M AKAN DILEPASKAN 7 NOVEMBER

 

7 November nanti, butik-butik terpilih H&M segenap dunia akan dilanda barisan panjang yang sudah tersusun barangkali dua tiga hari sebelumnya? Sebaik sahaja H&M mewartakan kolaborasinya bersama pereka yang tak asing lagi dengan dunia couture serta citra gaya dramatik yakni Giambattista Valli, terus ia membangkitkan keterujaan. Bayangkan, pereka couture menghasilkan rekaan kapsul pada harga yang berpatutan.

Giambattista tidak mengabaikan estetika-estetika yang sudah melekap menjadi identitinya – esen romantik, dramatik, poetic dan kelembutan yang bertaut, disesuaikan dengan pasaran sedia pakai H&M. First look Giambattista Valli X H&M melepaskan beberapa iimej helaian serta aksesori yang sudah mula menjadi perkiraan kami. Ini adalah di antaranya (di bawah) :

oktober giambattista valli h&m


SIX-PIECE RANGE WANDERLUST + CO X DAIYAN TRISHA : AKSESORI BULAN INI

 oktober wanderlust daiyan trisha zalora

Awal minggu lalu, Zalora dan Wanderlust + Co melancarkan satu kolaborasi di Tapestry, Kuala Lumpur yang berilhamkan kesantaian perkelahan. Kolaborasi mereka bersama our darling, Daiyan Trisha! Memperkenalkan tanda pagar #WCOxDaiyanTrisha bagi mengiringi kolaborasi kapsul yang dinamai Bloom Within, himpunan ini memerihalkan inspirasi bait-bait puisi tulisan Daiyan sendiri – untuk mengetahui lebih lanjut puisi-puisi Daiyan, dia mengolah semuanya menerusi akaun Instagram Tulisan by Daiyan Trisha.

Ada biasan gaya 90an sedikit, yakni motif-motif bunga yang dijadikan kunci gaya koleksi ini. Enam rangkaian aksesori utama yang menyemat swacinta, menampilkan rantai leher Bloom Within, gelang kaki Bloom Within, anting-anting Bloom Within, gelang tangan Self Love, antig-anting Wild Flower dan cincin A Little Sparkle. Nampaknya, tiba masa untuk mengindahkan diri bersama aksesori Wanderlust + Co X Daiyan Trisha yang penuh makna ini!


L.A GEAR?! THE STAMINA?! THE ENERGY?! TERIMA KASIH SKECHERS

 

Ada kamu ke acara besar-besaran pencinta sniker yakni Sneaker-Lah hujung minggu lepas? Sempat kami ke sana dan reruai khas kali ini sangat impresif. Ia menyisip konsep-konsep interaktif, mendekatkan diri dengan penggemar-penggemar serta pengumpul-pengumpul sniker dan macam-macam lagi. Dan setibanya kami ke reruai Skechers, kami terkejut melihat himpunan kolaborasinya bersama L.A Gear (yes, childhood memories, much?) di samping memperkenalkan kemunculan The Energy dan The Stamina di Malaysia.

L.A Gear X Skechers akan mula dijual di pasaran pada 2020 dan hadir dalam tujuh skima rona yang berbeza. Jenama L.A Gear yang old school but cool yang direka khusus buat wanita, yang membuat kemunculan semula tahun ini, memperbaharui siluet Slammer dengan penambahan piping berona terang, bersama logo jenama L.A Gear pada bahagian kolar dan tumit.

Pada masa sama, Skechers mengembalikan rangkaian Energy – edisi terhad – yang menginterpretasi semula versi asal dan Skechers Stamina yang bukan sahaja menyemat elemen teknologi, malah mempersembahkan gaya yang versatil.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE