SEARCH

Antara Gaya-Gaya S/S 2020 Yang Lelaki Akan Pakai Nanti!

Antara Gaya-Gaya S/S 2020 Yang Lelaki Akan Pakai Nanti!

Petang dan malam di Louis Vuitton juga Givenchy sewaktu berlangsungnya minggu fesyen lelaki musim bunga panas 2020 bagai berkongsi dialog antara satu sama lain. Walau di dua lokasi yang berbeza – satu di perut jalanan Place Dauphine, Paris dan satu lagi di Villa Palmieri, Florence – kedua-duanya seakan-akan menaruh fikiran yang sama. Membayangkan seraut wajah keras lelaki, dengan sosoknya menikmati bayu angin di bawah langit biru yang awang gemawang, menongkah menolak rambut gondrongnya, seraya dia tampil dalam gaya-gaya pakaian bernada lembut.

Louis Vuitton dan Givenchy meleburkan baluarti ‘maskulin toksik’. Musim bunga panas 2020 ini, banyak kali mereka bermain dengan citra kelembutan dan matang dalam mengubah etika pakaian lelaki yang tidak condong pada kenormalan. Kedua-duanya hampir sama sebaik terlihat mendukung idea yang bersandarkan kelembutan – soft tailoring, rona-rona pucat mendominasi himpunan dan tidak mengadang sifat romantik untuk meresap menjadi sendi utama rekaan. Clare Waight Keller kept it cool, mengait Art Nouveau sebagai ilhamnya, tidak berlebih-lebih dari segi penataan gaya. Cukup sekadar siluet rekaannya yang ‘lantang bersuara’ yang jelas menggambarkan idea kelembutan itu tadi menggungguli keseluruhan himpunan.

menswear spring summer 2020

 

Gaya lelaki yang rupanya sepertikan bermalas-malas, dalam sut boxy, seluar longgar, parka labuh, baju kemeja lengan pendek bersaiz besar serta baju-baju tanpa lengan. Otaknya geliga pabila menyentuh bab tailoring lelaki, kerana ia adalah sesuatu yang Clare benar-benar suka. Apatah lagi dalam memodenkan dan membaharui kod pakaian lelaki.

Berbicara fasal kesukaan Clare pada tailoring lelaki, sama juga dengan Virgil Abloh. Virgil bak bangsar balur liat. Keras hatinya, sungguhpun ada yang tidak gemar dengan kedudukan dia mengemudi armada Louis Vuitton. Dia peduli apa. Dia buat apa yang dia suka dan untuk musim bunga panas 2020, Louis Vuitton disimbah sesuatu yang bersifat poetic. Taburan flora – dengan abah-abah berbunga memeluk tubuh – disaingi oleh rona-rona lembut dan konstruksi pola-pola relaks melewati pentas. Terpalit sekali gaya-gaya athleisure, aspek yang sudah memekat dalam jiwa Virgil.

Melihat himpunan musim bunga panas 2020 Louis Vuitton, dilengkapi topi jerami, parka labuh yang padat dengan poket bellow, jaket hujan serta sut-sut santai yang tak mengikut peraturan ‘101’ pola tradisional sut lelaki, it’s like giving me that Spanish port-seaside bertemu gaya vineyard-glamour dan ada sedikit bayangan Craig Green. Virgil menambah lagi estetika layang-layang sebagai sorotan utama pertunjukan kali ini seolah-olah menggambarkan nada kebebasan yang menunjang ilhamnya.

Nah! Usah buang masa, kami simpul beberapa gaya menswear musim bunga panas 2020 yang bukan sahaja menjadi ketaasuban kami, malah apa si lelaki akan pakai!

full-blown organic

Dari kiri Louis Vuitton & Versace

 

lawan ‘proportions’

Sies Marjan

inspirasi timur tengah

Craig Green

The new workwear?

Raf Simons

inspirasi pajama 2020

Jil Sander

men in hot pink

Loewe

kembara-glamor 2020

Dari kiri Valentino & Prada

full checks or full pastel?

Dari kiri Tod’s & Salvatore Ferragamo

gaya futuristik 2020? big broad shoulders & badan jaket asimetri?

Dari kiri Dries Van Noten, Marni, Dior & Vetements

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE