SEARCH

Minggu Fesyen Akan Mansuh… Selamanya. Betul Ke?

Minggu Fesyen Akan Mansuh… Selamanya. Betul Ke?

fashionGone were the days when Fashion Editors travel to fashion week to shoot exclusively the clothes for their fashion editorial. Lama sudah pabila Grace Coddington perlu ke minggu fesyen Paris untuk memotretkan helaian couture secara eksklusif untuk majalah Vogue sebelum ia diberi kepada mana-mana majalah lain. Minggu fesyen juga adalah tempatnya editor-editor menjadi antara yang pertama melihat koleksi pereka-pereka fesyen jenama terkemuka dunia sebelum ia dipotretkan kemudian diedarkan ke dalam pasaran enam bulan kemudian. Minggu fesyen ada dua kali dalam setahun, satu di bulan Februari dan satu di bulan September. Ini tidak termasuk untuk koleksi pra musim dan koleksi couture. Bermakna Februari adalah masanya mementaskan koleksi musim luruh tahun itu dan September masa untuk mementaskan koleksi musim bunga tahun berikutnya.

Koleksi musim luruh menjengah pasaran bermula penghujung Ogos dan koleksi musim bunga sering pada penghujung Februari. Jenama fesyen ada enam bulan untuk menyiapkan koleksi yang dipentaskan mengikut order yang dimasukkan selepas pementasan koleksi berakhir. Itulah sifat semula jadi minggu fesyen selama beberapa dekad. Namun lewat kebelakangan ini atas kepantasan perubahan teknologi – instagram menguasai, facebook mendominasi dan portal online mengambil alih dunia percetakan, nampaknya ada beberapa pihak sudah mula menyedari bahawa minggu fesyen bukanlah sesuatu yang relevan lagi.

GraceCoddingtonAnnaWintourSimpson

Pementasan koleksi kini boleh dilakukan secara live melalui portal. Editor-editor tidak perlu lagi hadir secara fizikal di minggu fesyen untuk menonton pertunjukan tetapi hanya perlu ada di depan komputer sahaja atau hari ini melalui smart TV, kita boleh menonton seolah-olah kita seperti berada di dalam tempat pementasan secara fizikal. Apakah ini bermakna minggu fesyen akan berakhir… selamanya? Memandangkan semuanya hanya boleh diakses di hujung jari sahaja.

Burberry, jenama pertama mengumumkan keinginannya memansuhkan pertunjukan fesyennya. Bermula 2008 lagi, Ketua Pegawai Kreatif dan Eksekutif Burberry, Christopher Bailey memutuskan untuk membuat live streaming pertunjukan mereka. Terbaru, Bailey mengumumkan untuk tidak lagi ada musim untuk Burberry. Bailey sebaliknya menukar musim kepada Februari dan September sahaja. A seasonless collection. Tiada lagi Fall dan Spring untuk jenama ini. Bailey merasakan pelanggan fesyen hari ini tidak sanggup lagi menunggu untuk mendapat helaian dan produk yang mereka ingini. Fashion is about NOW. We all want fashion NOW. Bukan dalam masa enam bulan lagi. “People can physically explore the collections for themselves,” kata Bailey. Seterusnya pelanggan boleh terus memesan secara online dan membeli dari stor apa-apa yang mereka kehendaki daripada pentas peragaan. Tiada lagi penantian buat mereka. Apa-apa yang kamu baru lihat di pentas peragaan will be available immediately.

Tambahnya lagi, “Our shows have been evolving to close this gap for some time. Dari live stream ke memesan terus dari pentas pertunjukan hingga kepada kempen sosial media live, ini ialah langkah terbaru dalam proses kreatif dan proses ini akan terus-terusan berubah.” Bermakna berakhirnya minggu fesyen? Apakah itu yang dimaksudkan oleh Bailey?

illustration by donald drawbertson
Ilustrasi oleh Donald Robertson Instagram @drawbertson

Langkah Bailey ini juga saya lihat sebagai cara mengurangkan peniruan daripada jenama-jenama high street. Isu ini bukanlah baru kerana sudah lama terbukti bahawa kebanyakan jenama high street ini hanya menunggu sahaja pertunjukan fesyen rumah-rumah fesyen terkemuka ini sebelum menirunya untuk koleksi musim akan dating mereka. Bermakna juga whatever you see on the runway, kamu akan mendapatnya dengan harga jauh lebih murah (kerana ia jenama high street) by the time the season arrived. Jadi dengan langkah Bailey memansuhkan musim dan menyediakan koleksinya terus secara online dan di stor, nampaknya jenama high street perlu betul-betul berusaha mereka sesuatu yang benar-benar akan terjual instead of copying and create that want dari pembeli-pembeli biasa yang juga mahu memiliki rekaan rumah fesyen besar.

 

Tom Ford juga mengumumkan perkara yang sama beberapa hari selepas Bailey. Kerana menurut Ford, “Minggu fesyen dan kalendar fesyen tradisional tidak lagi berfungsi dalam cara yang sama seperti dahulu.” Tambahnya lagi, “We spend an enormous amount of money and energy to stage an event that creates excitement too far in advance of when the collection is available to the consumer. Menunjukkan koleksi sama masa dengan ia tiba di stor akan mengubati situasi ini. Ia juga akan membenarkan keterujaan yang dicipta daripada pertunjukan diterjemahkan dalam penjualan dan memuaskan keinginan pelanggan yang mahu terus menyarung helaian yang mereka berkenan.”

Bailey juga merasakan cara ini terbaik untuk menghargai pelanggannya. “ Ini cara saya memberitahu pelanggan Burberry bahawa, ‘You’re really important to us. We’re serving you and we need to change our ways rather than expect you to do these things’.”
Detail-from-a-sketch-by-G-008

Bagi saya ini adalah permulaan kepada pengakhiran minggu fesyen. Anyway minggu fesyen hari ini bukan lagi sama dengan tujuan asal ia dimulakan. Hari ini minggu fesyen hanya penuh dengan personaliti dan jurugambar street fashion kerana itu yang akan mencipta publisiti dan diingini oleh masyarakat fesyen global hari ini. Minggu fesyen bukan lagi mengenai editor-editor membuat laporan akan pandangan dan pendapat mereka mengenai koleksi-koleksi yang dipentaskan dan menentukan hala tuju dunia fesyen dunia. Ia juga bukan lagi mengenai individu-individu penting dan yang sepatutnya ini merakam gambar fesyen untuk dipaparkan dalam majalah mereka by the time the collection arrives in the store. Pada saya minggu fesyen kini lebih kepada ‘aku mesti hadir untuk menonjolkan diri aku’, menjadi individual dan dikenali ramai melalui cara pemakaian. Sedangkan dalam minda kosong dan tidak punya apa-apa pandangan pun mengenai pertunjukan yang dihadiri apalagi dunia fesyen secara umumnya. Jadi saya kira tidak mengapalah kalau pun minggu fesyen dimansuhkan terus. Lagipun melalui STAIL.MY saya boleh duduk front row di depan TV sahaja, better seat than anyone of you, mind you.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE