SEARCH

Miu Miu ‘What’s Miu Pussycat’ Menjadikan Felin Sebagai Ikon!

Miu Miu ‘What’s Miu Pussycat’ Menjadikan Felin Sebagai Ikon!

Taasub terhadap keluarga felin yang selama ini tersemat menjadi sebahagian daripada warisan – daripada helaian-helaian sedia pakai ke aksesori sehinggalah barang kemas. Ya! Miuccia Prada meluhurkan kecintaannya pada kucing, ke atas himpunan kapsul Miu Miu musim percutian kali ini! Bersedia? Kerana Miu Miu mengait detik-detik terindah masa kecil kita, mengembalikan karakter-karakter lucu kucing-kucing daripada animasi-animasi popular.

miu miu shetland little cats holiday season

Felin dan fesyen, bak muzik dan fesyen. Memang tiadakan terlerai. Givenchy sewaktu awal perkenalan Clare Waight Keller sebagai pengarah kreatif tahun lalu, menjadikan kucing hitam sebagai ikon kempen fesyennya. Kemudian, Nicholas Ghesquiere pun sama, menjunjung kucing-kucing Grace Coddington seperti Blanket, Pumpkin dan Leon untuk Louis Vuitton Cruise 2019.

Kini, giliran Miu Miu pula mengikut jejak yang sama dan mengagungkan kucing sebagai pangsi ilham.

Himpunan kapsul yang membariskan ceraian-ceraian baju panas Shetland ini merai motif watak-watak anak kucing terkemuka dan yang pernah menyempurnakan sejarah animasi dulu-dulu. Antaranya seperti watak Marie daripada filem animasi Disney yakni AristoCats (1970) dan juga watak anak kucing kesayangan Alice dalam filem asal Alice In Wonderland (1951) yakni Dinah.

Oh, our personal favourite adalah motif watak kucing Snowball II daripada siri kartun The Simpsons – yang menggantikan kucing pertama keluarga The Simpsons, yakni Snowball!

Himpunan ‘little cats’ ini benar-benar menerbitkan keperibadian perempuan Miu Miu, daripada sesuatu yang kelihatan gah kepada sesuatu yang memperlihatkan lagak comel molek juga sesuatu yang nampak nakal sehinggalah yang menunjukkan rupa galak. Motif-motif watak Marie, Dinah dan Snowball II pada baju-baju panas Shetland ini hadir dalam tiga warna utama yakni ungu, hijau dan kuning.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE