SEARCH

Models Look Alike (Doppelganger Alert)! Selain Kaia & Cindy, Model-Model Gen Baru Ini Juga Punya Persamaan Dengan Model-Model Dahulu

Models Look Alike (Doppelganger Alert)! Selain Kaia & Cindy, Model-Model Gen Baru Ini Juga Punya Persamaan Dengan Model-Model Dahulu

Kami tahu, kamu mahu kami berhenti bercakap fasal Kaia Gerber. Cukuplah dengan cerita yang Kaia antara most sought after model di minggu fesyen musim bunga 2018. Tetapi, beritahu pada kami… saat menyaksikan Kaia berjalan di pentas dengan keadaan bahunya yang lebar sihat itu ditolak ke belakang, lenggok tubuhnya yang agresif dengan cara jalan longlai yang mengingatkan kita pada supermodel 90an, dengan rambutnya yang terurai lebat itu, serta wajahnya itu saling tak tumpah seperti ibunya, Cindy Crawford?! Tidakkah dia ‘menyalakan’ kembali sukma Cindy yang kita rindui selama ini? Sehingga, it’s no surprise, Kaia dilabel sebagai ganti Cindy.

Tergerak hati kami untuk mengisih dan menyusun beberapa lagi barisan model baru (sama generasi dengan Kaia) yang ada persamaan dengan model-model terdahulu. Selepas melihat ‘fenomena’ Kaia dan Cindy. Kami terfikir-fikir juga, siapa model-model semasa yang memiliki perihal tersebut? Baik dari segi wajah atau rupa dan barangkali kalau bukan wajah pun, persamaan dari segi vibe juga aura, standard gaya seakan-akan serupa dan attitude yang tidak jauh bezanya antara satu sama lain, yang kami rasa ada faktor X untuk menggantikan model-model generasi lama dahulu. Inilah lapan model lama dan baru yang telah kami simpulkan!  

JENNY SHIMIZU & SOHYUN JUNG   

Ingat lagi pada Jenny Shimizu (kiri),? Dialah model Asia pertama yang membuka pertunjukan Prada. Jenny punya tomboy attitude, berperwatakan lasak dan I’d say, androgini, menggegarkan dunia fesyen era 90an kerana pembawaan dirinya yang tak sama dengan lain.

Dan baru-baru ini, newcomer juga breakout star bernama Sohyun Jung (kanan) berasal dari Korea, membuat kemunculan pertamanya sewaktu minggu fesyen musim luruh 2017 di pertunjukan Alexander Wang, memiliki vibe yang sama dengan Jenny! Sohyun juga mencerminkan imej tomboy, berambut pendek dan seorang chameleon – boleh menukar watak daripada kelelakian kepada keperempuanan. Dia benar-benar adalah jelmaan Jenny Shimizu!

FREJA BEHA ERICHSEN & MICA ARGANARAZ

Seorang lagi yang mencedok julukan androgynous, yakni Freja Beha Erichsen (kiri) yang hadir dalam imej gaya ultra cool, messy-hair-don’t-care dan bersahaja saja rupanya. Circa 2005, 2006 dan seterusnya, Freja adalah antara the most booked model dan the most sought after masa itu. Freja pernah berjalan di atas pentas jenama-jenama fesyen terkemuka dan dia  menghiasi beberapa kempen fesyen. Louis Vuitton, Versace, Alexander McQueen, Chanel dan macam-macam.

Apabila tiba zaman milenial, muncul pula Mica Arganaraz (kanan) yang seolah-olah membangkitkan semula imej Freja tersebut. Berambut messy, karakter cool dan boyish. Apabila Mica pernah muncul dalam editorial fesyen The Fashion Book, didandan ala Steven Tyler, sekali imbas mengingatkan kita pada Freja! 

CAROLINE TRENTINI & JEAN CAMPBELL

Caroline Trentini dan Jean Campbell datang daripada dua bumi yang berbeza. Caroline (kiri) adalah model Brazil dan Jean (kanan) pula model British. Di mata kami, apa persamaan mereka berdua? That innocent-looking, angelic faces and four-fingers-forehead asset! Caroline Trentini yang tidak asing lagi dalam dunia fesyen pada awal era 2000 – sama generasi dengan Natalia Vodianova dan Gemma Ward – sering menjadi model editorial untuk Vogue US, kempen dan pertunjukan-pertunjukan fesyen ternama.

Jadi, saat hadirnya Jean Campbell di Burberry musim luruh 2014 – pertunjukan pertama Jean – it felt like Caroline Trentini moment! Membuatkan kami terfikir, sudah lama tidak melihat wajah innocent sebegini di persada fesyen.

MARIACARLA BOSCONO & VITTORIA CERETTI

Siapa tidak kenal Mariacarla Boscono (kiri)?! Dia adalah legenda. Kesayangan pereka-pereka juga jenama-jenama fesyen, Mariacarla membawa Italian-esque beauty ke dunia fesyen. Berambut hitam, wajah penuh menggoda dan fizikal yang statuesque, tidak hairan mengapa dia disayangi. Malah tahun lepas, di pertunjukan Givenchy musim luruh 2016, agak kecoh juga di mana Mariacarla menghentikan perbuatan Ondria Hardin ketika finale, khabarnya kerana Ondria cuba ‘mensabotaj’ Bella Hadid. Entahlah, betul atau tidak. Jika benar pun, Mariacarla is a legend you don’t want to mess with her! 

Kamu tahu, siapa model masakini yang kami fikir ada persamaan dari segi imej juga aura seperti Mariacarla? Vittoria Ceretti (kanan)! Juga berasal dari Itali, Vittoria sememangnya menghidupkan entiti Mariacarla. Mungkin wajah mereka berlainan tetapi kecantikan juga that whole Italian-esque aura yang dibawa… ada persamaan! 

REMINGTON WILLIAMS & KAREN ELSON

Menariknya fasal Remington Williams (kiri), cerita dia dijumpai oleh model scout mengingatkan kita pada bagaimana model-model zaman dahulu ditemui. Ada yang didekati agensi model semasa berjalan-jalan di pusat beli belah, ada yang ditawarkan semasa berada dalam lif yang kebetulan dinaiki oleh model scout dan seumpamanya. Bagaimana Remington, seorang model yang tersangat baru ini ditemui? Semuanya bermula semasa dia bekerja di restoran Mexican grill, Chipotle di Texas. Remington terlihat sedang menyediakan makanan oleh model scout, ditawarkan menjadi model, seterusnya, dia berjalan di atas pentas Marc Jacobs, Rick Owens dan Christopher Kane.

Bila melihat Remington berimej rambut merah, strong jawline dan weirdness dari segi watak, terdapat keserupaan dia dengan Karen Elson (kanan)! Oh my, we love Karen!  Dialah model pertama yang saya kenal juga tahu, memiliki imej rambut merah dan punya keunikan. Karen sudah bekerja dengan fotografer terkemuka seperti Steven Meisel dan Peter Lindbergh dan jenama-jenama fesyen ternama seperti Dolce& Gabbana, Versace, Dior dan banyak lagi. Karen adalah the OG.

LINDA EVANGELISTA & BIRGIT KOS

Sudah tentulah nama Linda Evangelista (kiri) yang berbegar di fikiran, kalau bercakap fasal epitome supermodel 90an, selain nama-nama original rat pack seperti Naomi Campbell, Helena Christensen dan lain-lain. Dan tak perlu lagi hendak bercerita panjang fasal Linda, coz everyone knows her! Linda membawa vibe seksi dan allure menerusi raut wajah juga lagak gayanya. Siapa model generasi sekarang yang meresapkan persamaan ini? Birgit Kos. Mungkin mereka berdua tidak serupa dari segi wajah, tetapi  keseksian, charm atau allure itu barangkali sama. Oh, dan kedua-dua mereka sama dari segi warna mata biru kehijau-hijauan (uncanny!).

Kehadiran Birgit Kos (kanan) berasal dari Netherlands pada 2015, terjelma jiwa Linda dalam dirinya, pada hemat kami. Sama cantik dengan Linda, Birgit yang pernah bekerja dengan jenama-jenama seperti Chanel, Bottega Veneta dan sebagainya, seolah-olah mendampingi vibe Linda bersamanya sewaktu beraksi di atas pentas mahupun di hadapan kamera. Mungkin Birgit pengganti Linda?

CAMREON RUSSELL & GRACE ELIZABETH

Kedua-duanya menjunjung American beauties dan kedua-duanya berasal dari Amerika. Cameron Russell (kiri) tidak memandang enteng kerjayanya sebagai model. Dia menggunakan platform tersebut bukan sahaja bertindak sebagai model, malah juga sebagai role model. Pernah sebelum ini Cameron bercakap di Ted Talk, membongkar rahsia fasal dunia peragaan yang menjadi antara tumpuan dunia. Semua yang dibicarakan oleh Cameron itu bersandarkan pengalaman dia bekerja di atas pentas-pentas fesyen antarabangsa dan menghiasi editorial majalah.

Kami harap Grace Elizabeth (kanan) juga tidak mensia-siakan ruang yang ada ini. Sebagai antara orang baru dalam alam modeling, dia mampu menjadi role model kepada wanita-wanita muda di luar sana. Kerana, berdasarkan pemerhatian kami, mereka berkongsi kecantikan Amerika yang menjadi dambaan dunia fesyen. Sekiranya Cameron bersara kelak, Grace bangkit sebagai the new Cameron. 

AJAK DENG & ADUT AKECH BIOR

Black beauties rule! Sayang sekali kerana Ajak Deng (kiri) tidak begitu aktif sudah dalam dunia peragaan kerana kami merindui imej elegan dan classy yang dia bawakan. Keunikan itu memang jelas terlihat pada Ajak yang mengetengahkan keaslian yang tersendiri dan tidak takut pada aspek tersebut. Ingat lagi dia berjalan untuk pentas couture Dior dan Giambatista Valli pada 2011… dia kelihatan begitu composed dan poised.  

Namun, nasib di atas pentas Saint Laurent Paris musim bunga 2017, Adut Akech Bior (kanan) membuka mata kami dan membangkitkan rasa yang sama sewaktu melihat Ajak beraksi. Adut reminds us of Ajak. Imej rambut pendek atau buzz cut, wajah unik, jawline… hampir sama! Percayalah, Adut adalah the ones to watch. Selepas berjalan untuk Saint Laurent Paris untuk dua musim berturut-turut pada awal pembabitannya, dia sudah berjalan untuk Lanvin, Loewe, Givenchy, Miu Miu dan sebagainya.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE