Posted on February 11, 2020
Modern ultrafeminine menjadi pertaruhan di minggu fesyen New York musim luruh dingin 2020 kali ini. Butiran-butiran yang jelas mencerminkan keperibadian perempuan, siluet inspirasi abad ke-19 dan mengembalikan aspek klasik kewanitaan is making a statement!
Barangkali ada sesuatu yang menanti di belah pantai barat. Mendekati hari berlangsungnya Oscars, agaknya? Atau selaku pengerusi CFDA yang baharu, memasang hasrat untuk mengalih minggu fesyen ke L.A? Membudayakan L.A sebagai hab fesyen utama? Ke mana kakinya dilangkah itu bukan berniat ‘mengkhianati’ pentas New York, namun dia sengaja berhijrah untuk berubah angin. Dalam kehibukan jadual minggu fesyen New York, Tom Ford memilih Los Angeles sebagai lokasi pementasan himpunan musim luruh dingin 2020-nya.
Tom Ford merasai permintaan perempuan zaman sekarang. Perempuan yang menginginkan glamor yang dramatik. Melobakan kemewahan, keanggunan, keseksian dan kelainan. Tetapi memesrai jati diri Los Angeles. Mempertemukan corak mergastua eksotik yakni corak kulit harimau bintang dengan corak ikat celup, citra berkilau seperti baldu berkilat serta jemeki, rekaan-rekaan dress renda yang menayangkan tubuh, siluet-siluet pengaruh era disko 70an – elemen yang dekat di hati Tom – dan nada gaya sensual.
Anjuran ultra-feminin bergelora dalam sukma pereka-pereka Amerika (dan yang berpangkalan di Amerika) kali ini. Menyapu pandangan tentang keagresifan gaya feminin atau yang bertunjangkan kewanitaan. Super-feminine. Ada kemungkinan ia menyoroti nyalaan semangat kuasa wanita marcapada, sama seperti yang diperjuangkan oleh Maria Grazia Chiuri di Dior. Berdasarkan pemerhatian, semangat minggu fesyen New York musim luruh dingin 2020 diarak oleh rekaan, nada gaya mahupun ilham yang mengoptimumkan kuasa feminin.
Badgley Mischka
Low-key seakan-akan memartabatkan ‘isme’ fesyen perempuan abad ke-19 pun ada. Gaya-gaya yang dibaluti pengaruh teknologi, attitude shift sosiobudaya terhadap kejantinaan dan kebangkitan keberanian perempuan idealis tentang perubahan fesyen pada abad ke-19. Seperti menggemilangkan ketersendirian yang menjadi simbol darjat, mendefinisikan kewanitaan menerusi gaya anti-Rationalism, siluet laksana syurgawi, mencungkil bentuk-bentuk romantik dan reformasi kod dress… semuanya dipamerkan sebagai nadi gaya minggu fesyen New York musim luruh dingin 2020.
Christian Siriano mengembalikan ‘the birth of couture’
Seperti Christian Siriano yang sepertikan menafaskan semula the birth of couture – seperti lazim, membuktikan sisi kecerdasan daya pemikirannya yang artistik. That whole idea of big gown, feminine details like gathers, ruffles and the draping technique and avant-garde-ish shape, seolah-olah mencerminkan status sosial seorang perempuan, mendasari ilhamnya. Berbicara tentang ilham, Christian meyakinkan kita ilhamnya itu adalah daripada cereka Birds Of Prey (filem wirawati yang mengetengahkan kuasa feminis). Tetapi himpunannya tidak cohesive dan bagai sirna ilham Birds Of Prey di pertengahan. Hmm.
Menyentuh tentang feminine details, Christopher John Rogers yang merangkul juara CFDA tahun lepas, mengharmonikan butiran-butiran yang terang-terangan bersifat kewanitaan. Ropol-ropol, lengan leg-of-mutton, full skirt, architectural shape dan siluet draped-like yang kelihatan tak makan dek zaman menjadi perhitungan Christopher. Di Monse pula, Fernando Garcia dan Laura Kim mengembalikan dua aspek – yakni tailoring yang dikahwinkan dengan punk dan kewanitaan serta mereka menghidupkan semula potongan bias. Potongan ‘Madeleine Vionnet’ yang terlihat pada salah satu look Monse ini menguatkan ingatan kita pada kuasa feminin dalam karya mereka.
Elemen yang terang-terangan berasaskan kewanitaan di Christopher John Rogers
Salah satu look potongan ‘bias’ Monse
Poetic dan dreamy mengusik jiwa Sophie Delafontaine di Longchamp. Dia memperkayakan aspek kewanitaan dengan identiti Parisian dan pengaruh 70an. Dan yang penting, pabila keluarnya salah satu look yang ditudungi dress ala era Empire Revivalism daripada fabrik jaring sheer, sama seperti pereka fesyen yang lain, kita tahu bahawa Sophie memenangkan gagasan kewanitaan.
Sophie Delafontaine memenangkan kuasa wanita di Longchamp
Self-Portrait dan Cinq a Sept mengisi minggu fesyen New York dengan menyusupkan idea yang serupa – untuk perempuan moden. Elemen klasik siluet wanita seperti dasi serta off-shoulder dicedok, namun diperbaharui gayanya. Cinq a Sept mengambil bentuk off-shoulder yang jatuh manakala Han Chong di Self-Portrait ‘mengikat’ butiran dasi pada empire waist dan kedua-dua mereka menggabungkan ia bersama gaya yang sedikit grungey atau rebellious, menonjolkan ketelusan idea mereka adalah (sekali lagi) perempuan moden.
‘Ikatan’ dasi pada empire waist, Self-Portrait adalah untuk perempuan moden
Cinq a Sept menafaskan gaya koktel inspirasi abad ke-19 untuk perempuan rebellious
Super-feminine di Ulla Johnson
Leather-couture! Salah satu trend di NYFW musim luruh dingin 2020 adalah full-leather, dari atas ke bawah dan digabungkan dengan gaya feminin
Apa pandangan anda?