SEARCH

Moma & Items: Is Fashion Modern? 111 Item Fesyen Yang Ada Impak Ke Atas Dunia Bakal Dipamerkan Selepas Tujuh Dekad

Moma & Items: Is Fashion Modern? 111 Item Fesyen Yang Ada Impak Ke Atas Dunia Bakal Dipamerkan Selepas Tujuh Dekad

Ingat tak, kasut Converse All Star yang haus tapaknya setelah bertahun-tahun pakai, malah haruman yang selama ini menemani aura kamu sehingga habis satu botol mahupun jean yang disarung hari-hari bersandarkan alasan selesa dengan sesuatu jenama itu bak punya nilai setinggi khazanah sebagai tatapan untuk orang lain? Mungkin dalam ‘kes’ Paola Antonelli, kurator Museum of Modern Arts atau MoMa, item-item ini ada nilai tertentu dan wajar dipamerkan. Ya, semua item-item ini yang memberi kesan signifikan pada kehidupan manusia akan dijulang sebagai subjek pameran utama MoMa kelak!

Sepuluh tahun berlalu, kemudiannya sepuluh tahun lagi melewati, akhirnya selepas lebih 70 tahun, MoMa atau Museum of Modern Art  untuk kali kedua, mengadakan pameran yang benar-benar memfokuskan fasal fesyen. Pameran Items: Is Fashion Modern bakal menelusuri di muzium New York ini musim luruh nanti – secara spesifik, bermula pada bulan Oktober – mengirai item-item fesyen yang ada impak dampak ke atas dunia penggayaan hari-hari.

Items: Is Fashion Modern? akan memperagakan 111 item-item fesyen yang antaranya aksesori-aksesori serta pakaian-pakaian yang selama ini dikatakan ada kesan ketara pada kehidupan harian berabad-abad sudah terutama sekali yang mempengaruhi budaya Amerika. Daripada Nike Air Force ke jean Levi’s ke kasut Converse sehinggalah botol haruman Chanel No. 5 – yup, things that you see almost everyday – menjadi subjek utama pameran. Malah kemeja T ‘God Save The Queen’ daripada Vivienne Westwood, A-Poc Issey Miyake dan sudah tentu, Wonderbra juga make the list. Tentang bagaimana item-item fesyen ini menyilangi kehidupan sampaikan menguasai alam fesyen manusia sejagat. Antaranya menyelak fasal fesyen dan atma atletik, tentang kesederhanaan, mesej menerusi pakaian, seragam hari-hari, perubahan siluet juga konsep kuasa.

Mendukung apa yang pernah dipertunjukkan di MoMa pada 1944, yakni pameran yang julung kali berpaksikan fesyen sebulat-bulatnya, kini Items: Is Fashion Modern? adalah pameran kedua MoMa yang mengangkat juga tema fesyen selepas 73 tahun.

Kata Paola tentang pameran ini, “Fesyen itu sendiri adalah cabang kreatif dan ekspresi yang boleh dinilai dari pelbagai sudut. Contohnya hubungan antara rekabentuk dan fungsi, ataupun yang berteraskan standard tertentu dengan sesuatu yang telah digubah mengikut kehendak, teknologi dengan nilai kraf tradisional dan sebagainya.”

Bermula Oktober tahun ini sehingga Januari 2018, Items: Is Fashion Modern? yang diadakan di MoMa barangkali adalah hentian pameran fesyen yang termasuk dalam senarai ‘Mesti Pergi’ sekiranya tak berkesempatan ke pameran Yayoi Kusama di Singapura. Itupun jika musim luruh atau hujung tahun nanti berpeluang mengembarai kota New York? Who knows?

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE