SEARCH

Moschino [tv] H&M & Item-Item Ini Adalah ‘Must-Buy’! Ready?

Moschino [tv] H&M & Item-Item Ini Adalah ‘Must-Buy’! Ready?

moschino [tv] h&m jeremy scott lookbook

Kami tahu ia bukan khabar selentingan sebaik sahaja iklan acah integrasi H&M bersama Moschino dilepaskan beberapa bulan lalu. Pada ketika gambar-gambar kempen – yang menampilkan Gigi Hadid dan Imaan Hammam di antaranya – memperlihatkan sebahagian daripada rekaan-rekaan Moschino [tv] H&M membuatkan kami, apalagi kamu, tak berhenti-henti berkata “Yasss!”

The entire pieces just scream ‘Moschino’! Jeremy Scott menyisip semua elemen-elemen yang berkaitan dengan Moschino untuk himpunan kolaborasi ini seperti simbol ‘Peace’, unsur-unsur sendaan, karikatur kartun-kartun klasik, glitz and glam, estetika kesukanan dan macam-macam lagi.

 

Daripada menggunakan ‘X’ seperti mana kolaborasi-kolaborasi lain, sebaliknya Jeremy memilih untuk menggunakan [tv] yang dijadikan pertalian nama integrasi Moschino dengan H&M. Mengapa [tv]? Jeremy seorang yang radikal, jadi percubaannya untuk menjadi inovatif lantaran menggunakan konsep ‘TV’ kerana ia berbalik kepada jalinan atau jaringan sosial sebenar tambahan ia bersifat tradisional. Mungkin Jeremy mahu melakukan pendekatan yang berbeza dan menyingkir kelaziman?

“Whenever I design, I think about my friends. The MOSCHINO [tv] H&M lookbook is like a party; celebrating the fun, the pop, the creativity and the energy of the people and the collection.”

 

Menyentuh hal lookbook Jeremy untuk Moschino [tv] H&M, dia beriltizam untuk menyemarakkan semangat Moschino dan H&M. Maka dia menghimpun teman-teman rapatnya yang dia anggap seperti famili, menampilkan diversifikasi (aspek yang begitu kuat dalam dunia fesyen masa kini) dan mahu mengekspresikan nilai-nilai positif. Ia tidak menyempadani profil atau latar seseorang, di mana koleksi Moschino [tv] H&M adalah untuk sesiapa pun!

Sudah tentulah, Jeremy menyunting mantan pengarang fesyen Vogue, Carlyne Cerf de Dudzeele – yang begitu akrab dengan Jeremy, malah Carlyne selalu bertindak sebagai penata gayanya – untuk bekerjasama dalam menghasilkan imej kempen fesyen Moschino [tv] H&M dan fotografer Marcus Mam pula bertangungjawab dalam menangkap gambar-gambarnya.

Bak kata orang, glamor ‘oktana tinggi’ yang dicampurkan dengan budaya pop, street attitude dan kelucuan menjadi pangsi utama Jeremy.

 

Jeremy meletakkan pemenang RuPaul’s Drag Race musim kesepuluh, yakni Aquaria, bersama-sama pasangan kembar Aya dan Ami, malah pekerja-pekerjanya seperti pembantu peribadinya, Sakura Bready serta ketua bahagian komunikasi dan perhubungan awam di Moschino, Pablo Olea sebagai wajah-wajah utama kempen Moschino [tv] H&M. How cool is that? Bagi kami, Jeremy mencerminkan kejujuran dan ketelusan menerusi himpunan kolaborasi ini! #STAILavvv!

30 item moschino [tv] h&m ini mesti beli!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE