SEARCH

13 Item Harus Milik, Tanda Musim Luruh Tak Lagi Muram!

13 Item Harus Milik, Tanda Musim Luruh Tak Lagi Muram!

Apa yang menariknya, trend musim luruh kali ini tidak lagi membabitkan kamu memakai atau menyarung sesuatu yang ‘tipikal musim luruh’. Misalannya, tidak semestinya memakai kot tebal warna kelabu atau hitam, gaun panjang labuh berona hitam, kasut but berpad warna bumi atau beg tangan yang rupanya kosong ringkas. Kami susun 13 item ini – penuh warna-warni, bercorak unik, butiran ‘gila-gila’ dan luar biasa – yang menandakan musim luruh 2018 is extra A.F!

Kami imbas kembali pentas Jacquemus musim luruh 2018 yang mencelup kebaharuan dan mengubur semua yang tradisional. Himpunan Le Souk daripada Simon Porte Jacquemus mengiaskan souk yang menyuasanai bumi Maghribi. Katanya, sungguhpun musim luruh atau sejuk, ia tidak menghentikan niatnya untuk memunculkan rekaan-rekaan yang digenangi mood musim panas. Seperti yang dinyatakan tadi, dia menentang tradisional.

Baju-baju nipis, fabrik-fabrik nipis, fabrik-fabrik kapas serta one-piece look yag tidak dilengkapi kot mahupun jaket menunjukkan keberanian Simon.

musim luruh dingin 2018 trend

Betul juga apa yang dilaungkan oleh Simon… mengapa perlu play it by the book? Inilah masanya untuk mengekspresikan kelainan! Tidak takut bermain dengan warna, corak, gaya atau stail dan seumpamanya. Langsung kami juga mahu mempamerkan falsafah yang sama. Musim luruh kali ini, kami beri tumpuan sepenuhnya kepada motif, corak serta warna-warni.

Gabungan rona pelangi, corak halusinasi psikedelik, motif catan, florals for fall, butiran warna kontra dan sebagainya. Jadi, untuk starter pack kamu, kami senaraikan 13 item musim luruh ini yang bisa menjelmakan penggayaan luar biasa dan bisa membuatkan kamu melawan tradisional.

13 ITEM MUSIM LURUH 2018 HARUS MILIK KALI INI!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE