SEARCH

Temu Ramah Eksklusif Bersama Neelofa, Ketahui Koleksi De’ Orient Naelofar

Temu Ramah Eksklusif Bersama Neelofa, Ketahui Koleksi De’ Orient Naelofar

Mendampingi budaya oriental atau timur merangkum jiwanya, lalu menjadi pangsi ilham kali ini. Neelofa menerawang jauh, menjangkau saujana, berada di bawah naugan langit Jepun dan China dalam mencorakkan rekaan-rekaan tudung Naelofar. Apatah lagi baginya, budaya oriental bukan lagi asing buat kita, masyarakat Malaysia.

Mengapa tidak? Saya memilih tema oriental adalah untuk melengkapi kesemarakan Malaysia dalam merai diversifikasi,” balas Neelofa.

neelofa

De’ Orient adalah nama julukan yang diberi! Mengutip motif-motif botani, oriental patterns serta rona-rona lembut romantik, menadah adicita yang bergejolak dalam akal budi Neelofa. Dua jenis tudung Naelofar koleksi De’Orient tersedia – yakni tiga rangkaian yang bercorak dan enam rangkaian polos dalam enam rona berbeza.

Menggelari rangkaian tudung bercorak sebagai Chizu yang tercetus daripada inspirasi kekayaan seni tapestri juga ambal dari China, Fuji yang mengindahkan gunung Fuji dalam rupa abstrak dan Hanako yang mengahwinkan motif cetak digital bersama corak klasik circular oriental. Manakala antara rangkaian polos berwarna seperti Yuri, Li Ying, Li Po, Mulan, Misora juga Mori disimbah rona-rona lembut dan disempurnakan oleh hiasan kristal Swarovski.

Dalam mengenali himpunan Naleofar De’ Orient kali ini, kami sempat mendekati Neelofa untuk temu bual eksklusif!

neelofa

Ceritakan sedikit tentang himpunan De’ Orient – inspirasi dan sebagainya.

Saya dan pasukan Naelofar sama-sama memandang ke timur dalam mencari inspirasi. Kami menyusun semua ini pada mood boards… dan kami ada terlalu banyak mood boards untuk himpunan De’ Orient kali ini! Kami fikir, hari Raya adalah untuk segenap masyarakat Malaysia, jadi kami sisip mesej inclusivity dengan merai keunikan kepelbagaian dan aneka budaya.

Apakah bezanya himpunan Naelofar yang kali ini, berbanding musim terdahulu atau sebelum-sebelumnya?

Untuk permulaan, rangkaian De’ Orient bercorak tidak terhad kepada satu rekaan sahaja, sebaliknya kami mempunyai tiga rekaan yang berbeza. Tambahan, ini juga adalah kempen fesyen pertama Naelofar setelah melalui proses rebranding di awal 2019. Jadi himpunan De’ Orient melambangkan sesuatu yang segar dan baharu buat kami!

neelofa

Perkembangan jenama ini dari aspek kematangan pula bagaimana?

Saya rasa kali ini, kami tidak gentar dalam hal-hal bereksperimen – dari segi rekaan serta fabrik yang digunakan. Malah kami tidak takut menyaingi inovasi-inovasi dalam membaharui Naelofar.

Penggambaran kempen De’ Orient dijalankan di Penang. Mengapa Penang menjadi lokasi utama?

Because it’s our very own The Pearl of The Orient. Tiada lokasi lain yang lebih sempurna daripada Penang. Jadi memilih Penang sebagai lokasi kempen fesyen Naelofar adalah keputusan yang tepat sekali.

neelofa

Menyentuh hal rangkaian Naelofar De’ Orient bercorak, adakah kamu serta pasukan Naelofar berwaspada dalam menggunakan motif-motif oriental?

Sudah tentu. Kami berhati-hati dalam memilih corak-corak yang mahu digunakan agar bersesuaian dengan budaya kita. Kami juga memikirkan hal-hal seperti bagaimana rupanya setelah digayakan dalam rupa yang berbeza-beza – fleksibiliti sehingga kelihatan cantik, tidak kisahlah apa jua stail tudungnya. Proses pemilihan corak itu sungguhpun memenatkan, tetapi it was fun! Kerana kami ada beberapa jenis corak yang harus dipilih. Dan saya berpuas hati kerana saya sudah terbabit dari awal lagi sampailah the finished product.

Bagaimana seorang perempuan itu merasa dirinya perkasa dalam tudung Naelofar De’ Orient? Bagaimana kamu menggambarkan perempuan De’ Orient tersebut?

Seandainya seorang perempuan suka memakai Naelofar De’ Orient dalam penuh keyakinan atau merangsang keyakinannya, maka dia sudah merasa dirinya berkuasa. Memperkasakan dirinya. Perempuan-perempuan De’ Orient adalah yakin, berjiwa kental dan berhati mulia.

neelofa

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE