SEARCH

Naelofar, Nelissa Hilman & Sometime By Asian Designers Adalah Apa Yang Kamu Perlukan Minggu Ini! Go Glokal!

Naelofar, Nelissa Hilman & Sometime By Asian Designers Adalah Apa Yang Kamu Perlukan Minggu Ini! Go Glokal!

Minggu ini minggu akhir bulan Julai, menghampiri bulan kebebasan tanah air. Terjengul pula rasa mahu menyanjung label-label lokal yang mampu malah sudah menakluki pasaran glokal. Naelofar Hijab, Nelissa Hilman dan Sometime By Asian Designer adalah tiga mantera yang kamu perlu kali ini! Naelofar Hijab mengeluarkan koleksi Maya – skaf satin julung kali oleh Naelofar Hijab – yang dihiasi indah corak cetak kontemporari, melakar sofsitikated si wanita berhijab.

Nelissa Hilman pula memperkenalkan himpunan kasut dan sandal baru, pelengkap kaki yang bisa mengimbuh rentak stailish pada keseluruhan penampilan. Sometime By Asian Designers menerbitkan estetika praktikal buat si pencinta beg tangan. Himpunan The Iconic Essentials mendukung perihal ‘kemestian’ dan keperluan pada rekaan beg, mencetus sifat eksklusif.

NAELOFAR HIJAB

Naelofar Hijab memperkenalkan Maya, skaf tudung satin pertama mereka. Bila disoal, mengapa menamai ia Maya, kata Neelofa sendiri, “Maya itu bunyinya agak lembut. Namun, bagi saya, ia tidak saja lembut malah nama itu seperti menegaskan perwatakan wanita yang feminis dan punya keberanian.” Apa yang bezanya fasal Maya adalah rekaannya bersegi dan hadir dengan motif cetak berbeza-beza.

Corak tropikal diolah jadi motif dominan Maya, mengiringi corak-corak kontemporari yang lain lari daripada kebiasaan sebelum ini yakni tudung-tudung berwarna pastel. Fabrik satin dipilih kerana ia mencerminkan sesuatu yang mewah dan sofistikated. Jelas Neelofa lagi, tudung-tudung Maya daripada Naelofar HIjab semuanya direka oleh pereka in-house dan rata-rata ia membariskan gaya tudung yang Neelofa sendiri akan pakai.

NELISSA HILMAN

Kehadiran label-label footwear lokal yang menapak mewarnai gelanggang fesyen tanah air kini semakin ligat. Masing-masing jelma dengan identiti serta kekuatan sendiri dan Nelissa Hilman tidak terkecuali. Nelissa Hilman yang bagai sudah sinonim dengan dunia footwear kali ini menampilkan barisan himpunan kasut dan sandal dengan rekaan moden optimum. Teja, Gwen dan rangkaian MKxNH menjadi opsyen utama kami! Each of them is beautifully crafted.

Teja adalah slide yang menyeratakan imej musim panas, tambah-tambah lagi bahagian upper daripada material suede, nampak cukup unik untuk digayakan. Gwen pula adalah rangkaian baru, lengkap dengan perincian gancu dan warna-warna yang bertenaga. Manakala MKxNH is all about being classy. Himpunan kapsul ini disempurnakan dengan penghiasan mutiara mencerminkan imej feminin. Benarlah orang kata, impak pada hujung kaki mampu memberi kelainan pada keseluruhan penampilan! 

SOMETIME BY ASIAN DESIGNERS

The Iconic Essentials daripada Sometime By Asian Designers pula berpegang teguh dengan prinsip everyday essential. Bagaimana hari-hari kita selalu saja mengendong barang-barang keperluan atau lebih senang item essentials, yang selulus kita humban ke dalam beg, yang ada di antaranya digunakan dan ada juga yang kita sering bawa namun tidak ada kepentingan… but for some reason, we tend to bring them anywhere we go?

Get it? Itulah cabang inspirasi kepada The Iconic Essentials daripada Sometime By Asian Designers! Menggunakan material kulit sintetik premium berkualiti tinggi, The Iconic Essentials menjunjung practicality dan utility sebagai teras di samping stail yang turut menjadi butir rekaan. Sembilan warna utama ditampilkan dan himpunan The Iconic Essentials ini juga ada menawarkan khidmat personalisation, untuk menjadikan beg itu your own.   

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE