SEARCH

Mengorak Langah Ke NYFW, Neelofa Jumpa Tommy Hilfiger!

Mengorak Langah Ke NYFW, Neelofa Jumpa Tommy Hilfiger!

Masih belum luput daripada ingatan saya, pertemuan dengan Neelofa, bergebang fasal pengalaman dia ke minggu fesyen London, Milan dan Paris. Bangga bercampur teruja, kerana representasi Malaysia tekal dengan imej modesty, yang tak goyah pendiriannya dalam meronai kerusi di pertunjukan-pertunjukan fesyen tertentu.

Neelofa Jumpa Tommy Hilfiger

Lofa berkongsi pengalamannya menjadi undangan ke pertunjukan Fendi, Prada, Dior, Yohji Yamamoto dan banyak lagi. Dia bercerita tentang terbukanya minda orang luar, menerima kehadirannya. Mereka amat suka dengan imej Lofa dan dia berjaya mengetepikan gambaran stereotaip perempuan berhijab. Apatah lagi pada waktu minggu fesyen London, Milan serta Paris tersebut, Lofa bergaya dalam helaian-helaian daripada Fendi, Prada juga Salvatore Ferragamo dan bijak mengolah kesemuanya mengikut kesesuaian penampilan bertudung.

Kali ini, si baiduri fesyen kita, Lofa mengorak langkah besar. Lofa merantau beribu batu, memijakkan kakinya di kota New York dan menghadiri minggu fesyen New York!

Tak alang-alang Lofa. Ingat lagi saya, Lofa ada menyatakan hasrat untuk ke minggu fesyen New York pula dan benar-benar dia mematerikan janjinya. Sekali lagi, Lofa menguntum harapan dan secara tidak langsung, dia mengharumi nama tanah air kita.

Neelofa Jumpa Tommy Hilfiger

Daripada Longchamp ke Tommy Hilfiger ke Tory Burch… Bukan ‘secebis’ pertunjukan sahaja, tetapi lebih daripada itu. Lofa is unstoppable. Dia serius, bukan sahaja untuk memperkuatkan profil, malah mahu mendewasa bersama pengalaman tersebut. Salah satu detik indah yang Lofa lakar adalah pertemuannya dengan Tommy Hilfiger, the man himself!

Lofa yang datang ke bilik pameran Tommy Hilfiger untuk proses menyedang, tak terduga olehnya bahawa sosok Tommy Hilfiger akan berada di situ dan berjumpa dengannya buat pertama kali. Sungguhpun kasual sahaja perjumpaan itu, namun sempat mereka berdua berbual santai seraya merintang waktu ketika sesi menyedang. Sepanjang Lofa mencuba helaian-helaian, Tommy melafazkan kata-kata manis juga komen-komen membina kepadanya. Lofa berkata, dia berasa rendah diri semasa berhadapan dengan Tommy, apatah lagi Tommy sendiri mengajaknya untuk bergambar bersama!

Bila disoal tentang pemilihan gaya-gayanya di Tommy Hilfiger, jawab Lofa, dia seia sekata dengan tim Tommy Hilfiger. Mereka sama-sama setuju dengan penggayaan yang dipilih. Kongsi Lofa, tim Tommy Hilfiger cukup bijak dalam mengolah gaya hijabnya. “Natural,” jelas Lofa.

Neelofa Jumpa Tommy Hilfiger

Tommy Hilfiger mempersembahkan #TommyXZendaya di NYFW tempoh hari. Kata Lofa, dia bisa membayangkan dirinya bergaya dalam helaian-helaian Tommy Hilfiger musim bunga panas 2020 dan dia ‘jatuh hati’ dengan rekaan ceraian baju panas Tommy!

Neelofa Jumpa Tommy Hilfiger

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE