SEARCH

Neelofa & #STAILEksklusif: Aksi Projek ‘Styling’ Belakang Pentas Di AME 2018

Neelofa & #STAILEksklusif: Aksi Projek ‘Styling’ Belakang Pentas Di AME 2018

Neelofa dan Anugerah Meletop Era terus membahangi seluruh alam! Payah untuk saya beranjak daripada keterujaan yang dirasai sendiri bermula daripada proses rekaan dress Neelofa, sesi menyedang sampailah ke pengalaman belakang pentas #AME2018. STAIL.MY was so lucky to be given this chance of a lifetime!  Mulut saya ini masih lagi riuh, mahu bercakap tentang kolaborasi STAIL.MY dengan Neelofa dan Fiziwoo. Kerana ada banyak yang mahu dikongsikan bersama kamu, tak puas jika riwayat Neelofa X Fiziwoo X STAIL.MY ini terhenti begitu sahaja.

Neelofa serta pasukannya menyambut kedatangan STAIL.MY dengan mesra sekali, sedari awal pembabitan lagi. Teringatkan bagaimana Lofa mendekati kami, mencadangkan kerjasama ini yang tidak langsung menggoncangkan kepercayaan kedua-dua pihak dan mencapai kesepakatan. Rasa beruntung sangat kerana diberi peluang sebegini dan dapat meneliti bagaimana Lofa bersama-sama Fiziwoo merencanakan perihal membikin dress AME 2018.

neelofa ame 2018

Di sepanjang temasya AME 2018 malam Ahad lalu, we had a blast. Sebelum berlangsungnya AME 2018, agak menggementarkan juga. Dalam fikiran singkat, kami tidak dapat menduga bagaimana penerimaan juga maklum balas orang tentang kedua-dua dress Lofa. Ini adalah tahun kelima Lofa menjadi juruacara utama di AME 2018, di samping Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Al-Hadad. All eyes on her!

Berbekalkan semangat dan tekad di dada, nah, kami redah keresahan itu. Yang penting, kami tahu kedua-dua dress itu cantik pada Lofa dan dia sangat berpuas hati dengan apa yang dihasilkan oleh Fizi. Kerana semasa bersidang, memerah otak dalam menghasilkan kedua-dua look untuk Lofa, kami mahu menjelmakan dua rekaan yang distingtif untuk dua pasaran berbeza. Aspirasi yang cuba dikecapi adalah menterjemahkan penceritaan di sebalik kedua-dua look tersebut, sengaja direka juga digayakan sebegitu rupa dan mengapa.

neelofa ame 2018

Jam lima petang tiba di perkarangan Axiata Arena, seperti mana yang dijanjikan. “Kami ke loading bay. Kerana kedua-dua baju itu berat. Tak larat jalan jauh,” kata Min Luna, ketika saya sedang menunggu kedatangan dia bersama-sama Fizi.

Sebaik sahaja menginjakkan kaki ke bilik persalinan di belakang pentas, terlihat Lofa masa itu sedang disolek oleh Khir Khalid. “Hai!” Sapa Lofa kepada kami. “Apa tema solekan Lofa kali ini?” Soal saya kepada Khir. Khir menjawab, “Untuk Lofa, saya tidak mahu terlalu bereksperimen dengan warna. Saya mahu menjelmakan look glamor dan cantik pada Lofa. Ditambah glitter pada hujung mata. Malah saya memikirkan solekan yang kena dengan kedua-dua baju yang dipakainya nanti.”

Setelah dua jam, Lofa siap bersolek. “Ok! I’m ready!” Laung Lofa dalam bilik persalinan. Untuk look pertama, Lofa didandani dalam dress belacu kolaborasi Fizi bersama Saiful Razman – dress yang diinspirasikan oleh Fizi daripada siluet baju kurung, bersama skirt ropol dramatik dan meminjam rekaan jaket maskulin (dengan panel poket yang tak bercantum) – yang disempurnakan dengan catan berusan warna akrilik. And the dress fits Lofa, beautifully.

neelofa ame 2018

Look ini cukup bermakna buat Lofa dengan Fizi, kerana ia sangat-sangat unik dan lain daripada sebelum-sebelum ini seraya memerihalkan penceritaan di sebalik pembikinannya. “Saya tak pernah lagi menggayakan look sebegini. This is something new for me,” kata Lofa. Untuk melengkapkan lagi penampilan, tali pinggang jut panjang dililit sekali.

Didiyana Ehsan, penata hijab Lofa, menghiasi gaya tudung dengan menyarung fabrik tulle keras hitam bersama turban BeLofa warna gading. Fabrik tulle tersebut sengaja disimpul ringkas, bagi memperlihatkan tekstur serta pertentangan warna antara hitam dengan gading. Untuk pengetahuan semua, look ini – dress belacu dengan palitan juga coreng-moreng warna, tali pinggang jut panjang dan tudung tulle keras – sengaja diolah sebegitu. Ia adalah sebahagian daripada rancangan Lofa, Fizi, Min, Didi dan saya untuk menghasilkan art-to-wear atau mengumpamakan wearable art.

Separuh masa kedua acara AME 2018, Lofa bertukar kepada look kedua. Lofa kali ini memakai gaun kembang labuh yang menyungkup lantai. Dress ini gah sekali! Fizi menyarung can-can di balik skirt, sekali lagi untk menafaskan drama. “Berapa meter kain yang digunakan untuk mereka dress ini?!” Soal saya. Fizi menjawab, “20 meter.”

Ya! Untuk look kedua Lofa, Fizi menggunakan 20 meter fabrik woven Jacquard berona merah lembayung, biru kelasi dan keemasan. Dress ini sahaja melibatkan kerja tangan lapan artisan untuk menyiapkannya yang mengambil masa sebulan. Bukan setakat itu sahaja, Fizi juga memateri lebih daripada 100,000 batu berlian pada dress ini – yang mengindahkan lagi keseluruhan dress, bermula dari bahagian atas sehinggalah ke bahagian skirt – dan membalikkan sinar gemerlap!

Gaya tudung Lofa pula diolah oleh Didi daripada fabrik woven Jacquard yang sama untuk menyerasikan penampilan dan kelihatan sedondon.

Lofa berjaya mencetus fenomena gaya! Perjalanan STAIL.MY bersama-sama Lofa dan pasukannya berkesudahan dengan kegembiraan dan kepuasan. Sampai ke sudah ia membekas dan belum terlambat rasanya untuk kami melafazkan terima kasih kepada Lofa. Sekali lagi, terima kasih Lofa untuk pengalaman yang menakjubkan ini. To Lofa… here’s to many more great collaborations to come!

“Sangat menyeronokkan, kerana saya berpeluang untuk mendalami akal budi pereka fesyen seperti Fiziwoo dan Neelofa. Sebagai salah seorang daripada penata gaya untuk kerjasama ini, saya rasa bertuah,” – Ardi Idewani

“Proses kali ini mengambil masa yang lama. The dresses are far crazier! Hasilnya? Begitu memuaskan!” – Fiziwoo

Beauty is pain. Kolaborasi dengan Saiful Razman adalah yang pertama sekali di Malaysia. Something that I’ve always wanted to do.” – Min Luna

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE