SEARCH

The New Bottega Ada Di Mana-Mana, Thanks To Daniel Lee

The New Bottega Ada Di Mana-Mana, Thanks To Daniel Lee

Ada satu ‘mantera’ baharu yang menjadi obsession dan menghantui dunia fesyen sekarang : The New Bottega. Bukan sahaja kasut yang tidak serasi atau tidak cocok, yang terancang dengan sempurna – gaya yang sudah dilihat dua tiga tahun lepas dan Celine musim bunga panas yang lalu pernah mengangkat trend tersebut – menggeneralisasikan hal trend gaya jalanan minggu fesyen kali ini. Bahkan kasut-kasut The New Bottega bertekstur anyam yang diberi nafas baharu serta yang berpad turut mengikat hati dan membudayakan trend gaya jalanan minggu fesyen.

Hebat Daniel Lee yang mengepalai Bottega Veneta sekarang, kerana tertubuh satu ‘kultus’ yang tunduk kepada kasut-kasut hasilan kreatifnya. Daniel telah menggemilangkan nama Bottega Veneta, dengan menafaskan kreativiti ke atas warisan yang sudah lama menjadi jati diri Bottega Veneta. Dia membuktikan keupayaannya dalam menginovasi dan membuat pembaharuan.

 

Sebab apa pada mulanya kami agak riuh bercakap tentang trend kasut tidak serasi atau tidak cocok, kerana mata kami bertumpu pada gaya Janka Polliani, yang meligatkan aksi gaya kasut yang saling tidak cocok dan kasut yang dipakainya itu adalah daripada Bottega Veneta. Secara spesifiknya, kasut Bottega Veneta baharu yang bertekstur pad bloc dan Janka sengaja pakai sebelah hitam, sebelah lagi putih and it looks so cool.

Thing is, these particular, The New Bottega shoes by Daniel Lee – Lido yang bertekstur anyam intrecciato serta yang berpad bloc – is everywhere, this entire fashion month! Bersedialah, kerana kasut-kasut The New Bottega ini tergolong dalam senarai ‘mesti ada’, mengikut pengetahuan gerombolan fesyen masa kini.

Rata-rata undangan-undangan yang hadir seperti ‘agresif’ menggayakannya, tayang di jalanan. Ia dipakai oleh influencer fesyen yakni Ayline Koenig yang memilih tekstur pad bloc, sama dengan Janka manakala si fashion buyer, Tiffany Hsu dan pengarah fesyen Moda Operandi, Lisa Aiken kedua-duanya menyarung sandal Lido bersama beberapa lagi fashion week regulars yang tak alah menggayakan kasut-kasut The New Bottega.

Tidak hairan mengapa kasut The New Bottega dalam rangkaian harga 600 Euro ke atas ini (atas talian dalam laman web Bottega Veneta) laris terjual di beberapa stor atau butik. Ia menjadi ketaasuban baharu perempuan-perempuan yang mendahagai aspek-aspek gaya ultra-moden pada nada mewah, effortless dan sesuatu yang menjulang kembali elemen chic.

Sungguhpun berlaku kekecohan si pelawak Marie Benoliel merempuh masuk naik ke atas pentas Chanel sewaktu finale semalam, apa kata ‘bersihkan’ minda itu dengan imej-imej gaya jalanan bersama kasut The New Bottega (di bawah), mana tahu mencetus ketaasuban baharu kamu?

 

the new bottega shoe street style fashion week

Ayline Koenig dalam sandal padded bloc Bottega Veneta

Erika Boldrin memakai padded bloc pumps Bottega Veneta

Lisa Aiken (kiri) memakai sandal Lido Bottega Veneta

Mandy Bork memakai sandal Lido Bottega Veneta

Tiffany Hsu memakai sandal Lido Bottega Veneta

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE