SEARCH

Meet The New Fashion Meme, @fashionweekfrog!

Meet The New Fashion Meme, @fashionweekfrog!

There’s a new fashion meme to follow! Tepat sungguh sendaan atau sindirannya. Menggunakan situasi yang benar-benar terjadi – terutama sekali yang berlaku dalam dunia fesyen – sebagai bahan sendaan atau sindiran dalam akaun Instagram, yang bukan sahaja menggelikan hati, malah ada kalanya membuat telinga kita berdenging-denging mendengar kapsyen-nya.

Memperkenalkan @fashionweekfrog!

Itulah yang menariknya fasal fesyen : the meme. Kita sudah ada @siduations dan @stressedstylist, tiba masa untuk memberi perhatian sepenuhnya pada @fashionweekfrog. Berbanding dengan Siduations – yang banyak kali mengubah imej runway dan diedit dalam sandiwara lelucon – juga Stressed Stylist – yang mendokumentasikan situasi sebenar yang dihadapi oleh penata gaya – Fashion Week Frog menghidupkan muppet yang dicipta oleh Jim Henson sebagai watak utama dalam setiap post, yakni Kermit The Frog. Apa-apa sahaja imej yang ada ‘wajah’ atau gelagat Kermit The Frog, yang bisa disesuaikan dengan meme fesyen kelakar… that’s Fashion Week Frog!

new fashion meme fashionweekfrog kermit

Ia jujur, straight-to-the-point, shady dan ada ketikanya ‘tidak berhati perut’. Lol! Fashion Week Frog lebih condong kepada canda situasi minggu fesyen dan apa-apa sahaja yang bersangkut paut dengan minggu fesyen. Be it isu duduk di barisan kedua, atau fashion PR mengajak media ke re-see tetapi tidak mengundangnya ke pertunjukan fesyen mahupun ragam manusia yang menyaksikan pertunjukan Gucci, semua itu serta-merta dikutip oleh Fashion Week Frog.

Menurut temu ramah Fashion Week Frog bersama Paper Magazine, pencipta karakter juga akaun Instagram tersebut yakni Julia Gall – pengarah aksesori untuk majalah Marie Claire – mengatakan bahawa Fashion Week Frog adalah “realistic satire”. Bukannya alter-ego, tetapi ia adalah watak lain dan tidak mencerminkan personaliti sebenar Julia. Hanya sekadar hiburan satira semata-mata. Namun jelas Julia, ada kalanya, dia dan Fashion Week Frog terkadang itu sefikiran.

Bila disoal dari mana munculnya Fashion Week Frog, Julia menceritakan yang watak Kermit The Frog dalam imaginasi dunia fesyen bermula di Insta Stories akaun Instagram Julia sahaja. Pengikut-pengikut serta teman-teman Julia suka pada watak Fashion Week Frog tersebut, DM’ed Julia mengenainya dan akhirnya dia mencipta akaun rasmi khusus untuk Fashion Week Frog. Imej-imej meme atau gambar-gambar Kermit The Frog adalah yang sedia ada diambil dari internet dan kapsyen ‘minggu fesyen’ itu datangnya daripada Julia sendiri.

Buat yang kepingin atau damba untuk hadir ke minggu fesyen, follow this new fashion meme dan lihat beberapa posts @fashionweekfrog yang kelakar juga ‘pedas’ sebagai tatapan kamu!

View this post on Instagram

I love eating while sleeping

A post shared by Fashion Week Frog (@fashionweekfrog) on

View this post on Instagram

And I keep coming back!!

A post shared by Fashion Week Frog (@fashionweekfrog) on

View this post on Instagram

Lemme catch that ride!!!

A post shared by Fashion Week Frog (@fashionweekfrog) on

View this post on Instagram

Just doesn’t add up

A post shared by Fashion Week Frog (@fashionweekfrog) on

View this post on Instagram

I think that’s a shoe?

A post shared by Fashion Week Frog (@fashionweekfrog) on

View this post on Instagram

@jlo

A post shared by Fashion Week Frog (@fashionweekfrog) on

View this post on Instagram

So good to see you (again)

A post shared by Fashion Week Frog (@fashionweekfrog) on

View this post on Instagram

They were fine thanks

A post shared by Fashion Week Frog (@fashionweekfrog) on

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE