SEARCH

Denim Moden Yang Harus Dibeli & ‘Tak Usah Dipersoalkan’

Denim Moden Yang Harus Dibeli & ‘Tak Usah Dipersoalkan’

Trend denim takkan pernah lenyap sama sekali. Malah, takkan berkesudahan pun. Meskipun Hypercolor suatu ketika dahulu pernah memperkenalkan fabrik boleh berubah warna pada sekitar 90an dan Prada berperi-peri dengan fabrik ‘Re-Nylon’-nya, namun kedua-duanya tidak mampu ‘menurunkan gred’ denim. Ia masih kental dalam dunia fesyen! Masih relevan dan masuk akal. Can’t go wrong with denim.

Menariknya, denim yang sekarang ini menyaingi kekinian. Kami mengelarnya denim moden – denim yang sudah dimodenkan kerana tunduk pada permintaan fesyen semasa. Gayanya ‘dikitar semula’, diberi nafas baharu. Taklah jelak dengan istilah denim hanya untuk seluar jean potongan regular, skinny atau slim fit sahaja, kan. Denim sudah diolah untuk blaus ala-ala gaya romantik, skirt pendek berpanel, dress seperti baju pinafor, jaket yang dipotong senteng dan Phoebe-Philophiles-ish silhouette.

Pesan orang, sewaktu membeli seluar jean, pilih yang sendat cantik terletak pada tubuh, terutama sekali bahagian kaki. Guess what? Buang ke tepi tanggapan tersebut dan beri peluang kepada denim versi baharu. Longgar, pola yang dimanipulasikan atau yang seronyeh rupanya… gaya-gaya sebeginilah yang mentafsirkan ceraian denim bagaimana yang harus dimiliki.

denim topshop moden

Dress denim acid wash daripada Topshop

Jenama-jenama fesyen sekarang tidak mengehadkan pilihan dengan menggunakan denim sebagai salah satu highlight dalam himpunan mereka. Contohnya, COS yang muncul dengan denim tahan lama yang digunakan untuk menghasilkan rangkaian workwear. Denim diolah pada seni reka atau siluet lazim minima COS dan mengutamakan aspek praktikalnya – boleh dipakai dari siang ke malam, tanpa menghiraukan apa occasion-nya.

Sama juga dengan Topshop, yang menyemat kebaharuan ke atas denim acid wash. Salah satu contohnya adalah Topshop menggunakan denim acid wash untuk mereka dress unik berpanel. Membuatkan kita fikir bahawa denim acid wash itu wujud bukan hanya untuk jaket semata-mata. Ia lebih daripada itu! Senario ini membuka luas minda dan mengubah persepsi kita fasal denim. Denim was and is kameleon, bisa berubah sifatnya dan tidak hanya direka untuk potongan normal yang biasa kita lihat. Denim sudah menjadi lebih inovatif sehingga mencorakkan nada fesyen yang ultra-moden.

Jadi, denim moden apa yang jadi pilihan utama kami? Ini dia di antaranya!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE