SEARCH

New Statement Earrings – The Bees, Butterflies & Bats!

New Statement Earrings – The Bees, Butterflies & Bats!

Lebah, kekupu dan kelawar adalah the new statement earrings! Tiga binatang bersayap ini bersenggayut ke cuping telinga, mencipta trend baru aksesori anting-anting musim bunga yang mencadangkan kelainan. Bold jewelry kini dijelmakan dalam rupa yang lebih menyeronokkan, nakal dan keanak-anakan.

Saat Bottega Veneta mengeluarkan salah satu look yang didandani perhiasan cuping telinga bentuk kupu-kupu kecil yang diolah dan terbentuk dalam teknik enamel, ia mengikat perhatian kami. Kami fikir, “That is perfect for this year’s spring!” Yang menariknya, Dior juga mengubah subang hoop – dengan kemasan warna emas, mutiara gelas Murano yang sinonim dengan kesenian Venetian – yang terhias dengan butir perincian lebah kecil memerihalkan serangga dan haiwan bersayap adalah sendi rekaan utama aksesori musim bunga 2018.

New Statement Earrings

Ilham kontemporari sebegini untuk ‘accessorizing’ mendefinisikan statement baru dalam penggayaan. Tak lagi dibayangi trend aksesori biasa yang sudah lama terlihat – I mean, say goodbye to dangling, tassels and a basic big hoop earrings – dan cuba beranjak kepada keindahan fauna.

Setelah bermusim-musim kita dihantui aksesori chunky, minima dan bohemian, teruja juga akhirnya melihat trend aksesori memvariasikan pilihan. Contohnya, butir perincian kupu-kupu yang dipinjamkan semula kali ini, making a strong comeback. Teringat pada trend kupu-kupu yang pernah popular sekitar 90an, a Jennifer Aniston dan Melissa Joan Hart pernah menggayakan klip rambut kupu-kupu dahulu. Tetapi, betullah… adakah trend kekupu tengah hangat sekarang? Malah Zendaya baru-baru ini ada menyarung dress siluet rama-rama daripada Moschino. Hmm…

Walau apapun, bersedia untuk memperlengkapkan diri dalam aksesori anting-anting ini untuk menegaskan lagi penampilan!

LIMA ANTING-ANTING LEBAH, KEKUPU & KELAWAR PILIHAN KAMI

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE