SEARCH

#NYFW Spring Summer 2018, New York Disimbah Optimistik, Perihal Gembira & Kemegahan Femininity

#NYFW Spring Summer 2018, New York Disimbah Optimistik, Perihal Gembira & Kemegahan Femininity

new york

Gambar daripada @monsemaison

Sebagaimana orang membayangkan dan menggambarkan kota New York – dibaluti oleh jeladeri manusia yang berwarna-warni karakter, kemajmukan dan sifat kotanya sendiri yang supercalifragilisticexpialidocious – begitu jugalah yang tercermin fasal keseluruhan persembahan himpunan New York Fashion Week, musim bunga panas 2018. New York Fashion Week atau #NYFW musim bunga panas 2018 memuliakan cinta, mengagungkan perempuan berwibawa, mengkhayalkan romantik, mengangkat tema sukan ekstrem dan mengkonsepsikan kepelbagaian. Dalam erti kata lain, #NYFW mengecahkan sesuatu yang optimis, peribadi juga high spirit!

Mana taknya, medan NYFW dihuni oleh semangat, desak hati atau jiwa yang saya rasa seakan-akan menyanggah sentimen bangsat pemimpin semasa Amerika. In a way, that is how I feel. Inilah masa untuk insan-insan kreatif fesyen ini mengekspresikan apa yang terbuku menerusi inspirasi rekaan masing-masing atau mahu menyampaikan mesej. Tentang cinta, keindahan, kewanitaan dan sebagainya.

new york

Gambar daripada vogue.com

Opening Ceremony merai cinta. Humberto Leon dan Carol Lim merencanakan pertalian itu pada persembahan tarian Opening Ceremony, diarahkan oleh Spike Jonze. Changers : A Dance Story menyingkap beberapa dua sejoli – pada dasarnya memang fasal pasangan bercinta – bercanda dengan helaian-helaian Opening Ceremony. Mereka menyimpul tema cinta yang tertambat menerusi perhubungan antara manusia dan pakaian. Bagaimana pakaian-pakaian itu punya jurusan peribadi dengan kehidupan manusia dan menjelmakan cinta yang dimaksudkan.

new york

Gambar daripada @alexanderwangny

And knowing New York being an eclectic city, resmi ini diakui oleh Alexander Wang yang dalam mood festival. Ditemani hashtag #WangFest, deconstruction, manipulasi pola dan warna-warna asas menguasai, Alexander bercengkerama dengan party wear. Bas parti didatangkan dari Manhattan, berhenti di Bushwick, membawa model-model yang keluar dari bas tersebut dan terus menelusuri lantai runway. Bushwick sebagai lokasi terakhir adalah pilihan tepat, kenalah dengan personaliti Alexander.

new york

Gambar daripada glamour.com

new york

Gambar daripada @prabalgurung

Menggelora atma femininity dan autoritatif juga antara pangsi ilham yang kuat terlihat di atas pentas NYFW. Menunjukkan peradaban perempuan masa kini, seperti yang diperjuangkan oleh Tory Burch, Prabal Gurung dan my personal favourite, Victoria Beckham. Tory Burch mendukung kewanitaan dan romantik, mengitari pentas berupa taman puspa disempurnakan oleh imej perempuan-perempuan piknik di Hamptons yang bersikap acuh tak acuh. Di samping hiasan dalaman David Hicks membuahkan inspirasi Tory.

Sosok wanita yang berwibawa – yang mendefinisikan wanita alfa masa kini – mendayai Prabal Gurung dan Victoria Beckham. Kuasa feminin optimum menjadi sendi rekaan Prabal Gurung yang dia gabung bersama citra kegembiraan. Floral, palet warna bertenaga dan siluet lembut, semua itu memperkasakan Prabal. Sama juga dengan Victoria Beckham yang menukar makna feminin dan lembut itu kepada kekuatan perempuan. Lantaran, keseluruhan himpunan Victoria penuh keyakinan. Victoria tidak mencipta sesuatu yang esoteric, rekaannya literal namun dilihat berjaya.

new york

Gambar daripada @fentyxpuma

new york

Gambar daripada hypebae.com

Kesukanan dan atletik yang membangkitkan endorfin, lalu menyemarakkan sesuatu yang optimis menduga Public School, Monse dan sudah tentu, Fenty Puma. Dan seperti selalu, sandiwara sukan tak pernah kecundang di medan fesyen… setiap musim! Fenty Puma meluhurkan sukan ekstrem dimamah tenaga futuristik dan ultra moden. Secara terang-terangan, Badgalriri menampilkan sukan. Literally, just sport. Monse dan Public School masing-masing juga menjunjung sifat yang sama. Mantra atletik dengan gabungan corak geometri merasuk awesome foursome ini. Dao Yi Chow dan Maxwell Osborne mengetengahkan corak petak dengan ceraian-ceraian sukan, meneguhkan falsafah ‘street’ mereka berdua yang bertemakan Come Again.

Pemenang CFDA tahun ini, Monse menyilang mantra atletik tersebut dengan corak-corak petak serta jalur dan sukma Americana. Suasana riuh lapangan bola keranjang, diubah oleh Fernando Garcia dan Laura Kim, menyaksikan struktur deconstruction dan diversifications de proportions (seperti biasa) yang mereka sering tampil.

SEPANJANG NEW YORK FASHION WEEK S/S 2018

new york

Gambar daripada @jonathansimkhai

Jonathan Simkhai asyik dengan sesuatu yang menggoda, tetapi dalam interpretasi baru. Jonathan mengambil renda makrami, dihasilkan dengan halus, membaharuinya dalam cara penggayaan baru. Tidak langsung menggugat adicita Jonathan yang mengkehendaki himpunan yang kelihatan seperti satu fantasi.

new york

Gambar daripada vogue.com

rosie assoulin mempamerkan rangka rekaan yang terlihat seperti architectural, namun tidak mencela digniti lembut rosie. it is delicately beautiful. 

new york

Gambar daripada vogue.com

barangkali mengiringi premiere american horror story : cult, mencetus akal budi raf simons untuk merujuk kembali filem seram klasik amerika dan dia cantum perihal tersebut bersama estetika americana. rekaan-rekaan calvin klein kali ini nampak sangat industrial dan menerbitkan entiti fusion. 

new york

mengenali phillip lim, dia berdegil mempersembahkan himpunan yang tidak ada pojok ilham spesifik. dia seolah-olah mempercayai prinsip sir paul smith, “inspiration is everywhere”. Phillip lim mengatur rekaan serta mood yang mendukung tema musim panas

new york

Gambar daripada @victoriabeckham

KEGEMARAN PERIBADI KAMI. VICTORIA BECKHAM YANG TIDAK MENGHAMPAKAN! TERJELMA kekuasaan dalam sesuatu yang kelihatan keperempuanan, mengubah persepsi orang tentang femininity.

new york

Gambar daripada @kaiagerber

TIBA MASA UNTUK KAIA GERBER BERSINAR! NYFW MUSIM BUNGA PANAS 2018 ADALAH MASA UNTUK KAIA BERAKSI. DARIPADA CALVIN KLEIN KE ALEXANDER WANG, MODEL MUDA ANAK CINDY CRAWFORD INI SANGAT LAKU. MOST SOUGHT AFTER THIS SEASON!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE