SEARCH

Siapa Nicola Glass, Yang Diamanahkan Untuk Menyelia Kate Spade?

Siapa Nicola Glass, Yang Diamanahkan Untuk Menyelia Kate Spade?

Selepas perginya Kate Spade pada pertengahan tahun ini dan sepeninggalan Deborah Llyod akhir tahun lepas, jenama Kate Spade ada mewartakan nama baru yang akan dititipkan tugas untuk menyelia bahagian kreatifnya. Nama Nicola Glass disebut-sebut sebagai pengganti Deborah dan pada waktu itu saya tertanya-tanya juga, siapa Nicola Glass?

Ketemu jua dengan wajah insan yang bernama Nicola Glass ini di minggu fesyen New York yang berlangsung minggu lepas. Berbunga senyumannya, kelihatan seperti seorang yang rendah diri dengan santun lembut sewaktu keluar menampilkan diri di finale Kate Spade, setelah mempersembahkan himpunan musim bunga panas 2019.

Sedari dulu lagi Nicola mengagumi jenama Kate Spade. Setelah mengenal jenama Kate Spade serta pengasasnya (mendiang Kate Spade), lekas timbulnya inspirasi dalam jiwa Nicola. Katanya dalam Vogue.com, “Ada sesuatu yang asli atau tulen fasal Kate Spade yang menarik hati saya.”

Makanya, ia umpama satu impian menjadi nyata buat Nicola apabila diamanahkan untuk menyelia bahagian kreatif Kate Spade. Nicola dipuji kerana tidak mengubah 360 darjah rekaan-rekaannya, sebaliknya dia memegahkan ‘pucuk pangkal’ jenama Kate Spade. Nicola menyingkap asas-asas Kate Spade yang diperbaharui juga dimodenkan, namun tidak mematikan kod jenama tersebut. “Less retro,” tegas Nicola.

nicola glass kate spade nyfw

Gambar daripada fashionista.com

Kiranya, secara tidak langsung, apabila Nicola masih lagi menjunjung jati diri jenama Kate Spade, dia seolah-olah memberi penghormatan buat pengasasnya. Menyemangati kehebatan Kate Spade dalam menggunakan warna-warna moden, rekaan-rekaan distingtif serta identiti yang menjadi signifikan adalah aspek-aspek yang menawan hati Nicola.

Dan pada masa yang sama juga, ketika pementasan Kate Spade musim bunga panas 2019, Nicola turut memperkenalkan… Nicola Bag!

Dalam menyambut himpunan debut Nicola Glass di #NYFW minggu lepas, kami kongsi sedikit fakta mengenai dirinya.
PERNAH BEKERJA DI MICHAEL KORS & GUCCI

Nicola Glass adalah mantan timbalan presiden bahagian rekaan aksesori untuk jenama Michael Kors juga Michael Michael Kors. Dia yang dikatakan seorang veteran di jenama Michael Kors, sudah lama bekerja dengan jenama tersebut dan menyelia bahagian aksesori. Sebelum Michael Kors, Nicola juga pernah menjalankan tugas yang sama – yakni bahagian aksesori – untuk jenama Gucci.

SHE’S A FAMILY WOMAN!

View this post on Instagram

😎😎😎 #meandmyboys

A post shared by Nicola Glass (@nicola_glass) on

Nicola yang berasal dari Utara Ireland adalah seorang ibu. Memiliki keluarga yang kecil, berdasarkan apa yang terlihat di akan Instagram milik Nicola, dia juga adalah seorang family woman. Sering memuat naik gambar-gambar bersama suami juga anaknya, Flynn, menghabiskan masa bersama mereka di samping being a proud mother yang bangga dengan pencapaian anaknya di sekolah. Instagram Nicola bisa menyentuh hati kita seraya berkata, ‘Aww…’

 MENERUSKAN LEGASI & MENGAGUMI KATE SPADE

Nicola juga dikatakan berjaya meneruskan legasi Kate Spade. Berdasarkan rekaan-rekaannya untuk himpunan musim bunga panas 2019, dia tidak lari dan masih lagi mendukung jati diri Kate Spade. Nicola begitu mengagumi Kate Spade, malah dalam temubualnya bersama Refinery29, Nicola menceritakan bagaimana dia tidak punya akses untuk menjadi sebahagian daripada fenomena beg tangan Kate Spade di Amerika. Katanya, “Saya membesar di U.K dan tidak ada akses sewaktu beg tangan Kate Spade menjadi fenomena. Kate Spade menginspirasikan saya dan saya selalunya akan potong keratan akhbar atau artikel mengenainya.”

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE