SEARCH

NY Ke LDN, ‘Peek-A-Boo’ Adalah Trend Yang Menelusuri Pentas!

NY Ke LDN, ‘Peek-A-Boo’ Adalah Trend Yang Menelusuri Pentas!

Faham jugalah mengapa. Kerana musim bunga panas, kan. Menayangkan sedikit kulit (atau lebih) yang menjadi trend yang ‘menggenangi’ pentas untuk tahun 2020 itu tak pelik sama sekali. Dari NY ke LDN, sungguhpun gaya-gayanya saling berpapasan, namun ‘peek-a-boo’ adalah satu-satunya trend yang kiranya punya persamaan antara dua kota yang memulakan bulan minggu fesyen.

Sudah bersedia untuk tayang aset kulit kamu?

Baru sahaja kami kongsi kisah Ashley Graham memperlihatkan selulit pada tubuhnya di media sosial yang menerbitkan rasa bangga kerana dia tak malu dengan kulitnya. It’s all about body rights. Sekarang bukan era untuk kamu membenam saja diri dalam bilik dan membiarkan sesiapa menghambat kamu untuk melakukan apa sahaja ke atas tubuh diri sendiri. Hmm, adakah itu mesej yang cuba disampaikan oleh jenama-jenama atau pereka-pereka fesyen sepanjang minggu fesyen ini? Tayang kulit kamu, tanam rasa bangga dengan tubuh kamu!

ny ke london fashion week show skin 2020

Memperagakan atau menampakkan kulit begitu kuat diketengahkan sebagai trend utama khalayak, konsisten, bemula dari minggu fesyen New York sehinggalah ke London minggu ini. Coach yang memulakan bab baru musim ini, dengan memilih lokasi ikonik New York, yakni High Line, ada menyisip look berupa ceraian pakaian dalam yang sheer juga skin-showing dan diolah dalam gaya sporty. Gaya yang sinonim dengan Coach.

Brandon Maxwell usah cakaplah. Gaya rekaan pakaian malam yang menutup pentas musim bunga panas 2020, kesemuanya dirangka seksi dan bermain dengan pola-pola yang mempertaruhkan aset-aset utama perempuan – belahan tinggi menayangkan peha, cut-out yang memperlihatkan oblique dan rekaan tube top pada dress yang menampakkan perut.

Usai New York, bila ke minggu fesyen London pula, aspek yang sama menyelubungi beberapa jenama atau pereka yang berpangkalan di London. Jenama-jenama atau pereka-pereka yang membuka kalendar minggu fesyen London seperti Marta Jakubowski, Matty Bovan dan Kiko Kostadinov mengolah ‘peek-a-boo’ dalam cara unik. Misalnya Kiko Kostadinov yang hanya memunculkan idea cut-out berbentuk badam, mendedahkan sedikit kulit.

Marta Jakubowski juga menyemat keabnormalan ke atas polanya – fikirkan kardigan bercantum dengan halter neck serta tube top, dan fabriknya ribbed. Kulit yang ditayangkan pula ketara (pada bahagian badan), memberi perspektif segar pada konsep manipulasi pola.

Barangkali ini siluet kamu untuk 2020! Di sini, kami membariskan gaya-gaya NY ke LDN yang memegahkan ‘peek-a-boo’ atau skin-showing sebagai statement musim yang mendatang kelak.                                                                                                                                           
Fashion East
Longchamp

Marta Jakubowski
Matty Bovan
Area

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE