SEARCH

NYFW F/W 2019 : Kami ‘Stalk’ & Ini 7 Perkara Yang Kami Rasa Mengapa Orang Suka Kate Spade!

NYFW F/W 2019 : Kami ‘Stalk’ & Ini 7 Perkara Yang Kami Rasa Mengapa Orang Suka Kate Spade!

Kerana memberi dampak buat jenama Kate Spade, nama Nicola Glass disebut-sebut. Kedatangan dia yang tidak menggoyahkan nama Kate Spade, tambahan pula sederap melangkah dengan kebangunan semangat juang ikon-ikon perempuan, tidak hairan mengapa Nicola diumpamakan seperti salah seorang suri teladan masa kini.

Di minggu fesyen New York musim luruh 2019, ketika pertunjukan Kate Spade minggu lalu, sekali lagi Nicola tidak membuatkan orang menggigit telunjuk. Seolah-olah dapat ‘hidu’ bahawa Nicola, baik Kate Spade pun, bagaikan sudah meraih peminat-peminat atau pengikut-pengikut tersendiri. Bermula daripada debut Nicola tahun lepas sampailah yang terbaru ini, berhamburan juga pujian buat dirinya.

kate spade nyfw fall winter 2019

Arahan kreatif Nicola tidak ada yang mencela nama Kate Spade pun. Malah himpunan musim luruh 2019-nya yang baru berlangsung, dia mengait jalan cerita si perempuan glamor dan dia atur seiring dengan sifat eklektik. Siluet 70an, rona-rona terang lembut dan super-duper-chic itu sudah mengalir sebagai jati diri Kate Spade juga Nicola. Nicola punya satu formula – yakni tidak lari terus daripada identiti Kate Spade, meresap keperibadian Kate Spade dan melihat kembali etos sebenar jenama.

Malah mungkin juga kerana mereka merelevankan rekaan-rekaan dengan tuntutan kemahuan perempuan-perempuan Kate Spade. Mereka menegapkan kepercayaan, sehingga kot warna ungu yang padat dengan corak harimau bintang pun bisa menjadi ketaasuban.

Setelah puas kami stalk Instagram @katespadeny minggu lalu, ada tujuh perkara yang kami suka tentang Kate Spade musim luruh dingin 2019 dan kami jangka, ini barangkali adalah antara faktor mengapa orang suka dengan hasilan-hasilan Nicola untuk Kate Spade.

KOMBINASI WARNA YANG TAK TERJANGKA

 Kebijaksanaan menyatukan bicolour – lilac dengan rona kuning mustard – yang berjaya mencelup kesukaan di dada. Membuatkan orang tertarik dengan inovasi Nicola yang tidak gentar pada pertembungan warna yang saling berlawanan sifatnya.

POLA LOOK 20

Olahan manipulasi pola pada look 20 ini is something that we need to talk about! 

RICH PRINTS!

 Kate Spade sangat dikenali dengan motif cetak snakeskin dan melihat kembalinya motif ini untuk musim luruh 2019, menjanjikan pengalaman Kate Spade… all over!

PERTEMBUNGAN CORAK

 Nicola tahu bagaimana kesebatian dari aspek mempertemukan dua corak yang berbeza. Misalnya motif eksotik dengan corak harimau bintang dalam satu look, ditambah lagi simbahan warna panas, mencorakkan satu idea yang luar biasa.

OUR FAVE!

Our favourite look from the show!

F-ROW (DAN THAT PURPLE LEOPARD)

Barisan selebriti yang menjadi undangan Kate Spade datang daripada pelbagai kumpulan generasi perempuan. Seringkali mencuri perhatian. Dan what else yang mencuri perhatian? Jaket corak harimau bintang ungu tersebut. Sehingga ada yang komen, “Must have!” Adakah Nicola akan menjadi seperti Phoebe Philo kelak? Ada kumpulan pengikutnya sendiri? Hmm.

GEROBOK GLAMOR PEREMPUAN

 Selain kombinasi dua warna ini yakni merah jambu bertenaga dengan rona perang yang membuatkan kami sendiri berkata “Oh yasss!”, kami juga amat suka dengan idea Nicola menterjemahkan perempuan New York yang glamor dalam interpretasi Kate Spade. Nicola tidak memikirkan sesuatu yang sangat agresif, sebaliknya dia memikirkan sifat halus dalam nada glamor. Sesuatu yang subtle.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE