SEARCH

NYFW F/W 2018 : MODERN PRAIRIE, MODESTY & MORE

NYFW F/W 2018 : MODERN PRAIRIE, MODESTY & MORE

Sungguhpun persada NYFW F/W 2018 atau New York Fashion Week musim luruh 2018 usai minggu lepas, ia meninggalkan bekas yang beragaman dalam ingatan. Sampai ke sudah masih lagi terbayang-bayangkan #NYFW dalam fikiran. Mungkinkah sebab NYFW seperti satu ‘graf yang menaik’ – pangkalnya perlahan, namun menghampiri hujung minggu NYFW, semakin hari semakin dahsyat rekaan-rekaan yang ditampilkan? Atau disebabkan impak Marc Jacobs, Bottega Veneta, Chromat dan Alexander Wang membantu menyemarakkan NYFW?

NYFW Fall Winter 2018 trend
Marc Jacobs F/W 2018. Gambar daripada vogue.com

 

Betul, Marc Jacobs mencemburukan yang lain lalu mengaut perhatian dan menjadi yang terbaik di NYFW. Dengan segenap hati, Marc Jacobs menghasilkan rekaan ‘ekstra’ dan meresapkan ketersendirian. Obsesi Marc terhadap alam 80an seperti menebal semula. Tergambar dalam minda, koleksi Marc Jacobs musim luruh 2009 yang mempamerkan pengaruh 80 an sebagai tunjang utama masa itu. Semangat 80 an ini dinyalakan kembali dan mendayai kreativiti Marc di atas pentas musim luruh dingin 2018 pula. Dramatic silhouettes, strong shoulders, big bulky looks and bold styling.

Chromat turut mencuri tumpuan dengan helaian mandi luar biasa juga diversifikasi yang disisipkan oleh Becca McCharen. Sekali lagi Chromat tidak memadamkan kesemarakan kepelbagaian yang menjadi bicara ribuan orang setiap kali berlangsungnya minggu fesyen dan menyimbah sesuatu yang optimis. Sekurang-kurangnya sandiwara Becca tersebut ‘mengindahkan’ NYFW!

Malah kehadiran Bottega Veneta yang memecah tradisi, buat julung kalinya mengadakan pertunjukan co-ed di New York di perut bangunan American Stock Exchange juga patut diberi perhatian. Tomas Maier seolah-olah membuat introspeksi – tentang apa yang dia faham fasal seorang New Yorker, berdasarkan akal budi seorang Italian. Pat on his back, kerana Tomas memikirkan satu jalan cerita sepanjang himpunan musim luruh ini dihasilkan.

Daripada persembahan dramatik Marc Jacobs kepada Chromat yang energetic, jadi apakah trend-trend yang menyimpul minggu fesyen New York? Setelah memerhatikan pertunjukan-pertunjukan utama di NYFW, kami melumpukkan sepuluh trend yang memerihalkan musim luruh dingin 2018!

NYFW F/W 2018 : 10 TREND UTAMA

FANNY, POUCH GAME STRONG

Saat kamu menyoal diri, “Bila agaknya trend beg pouch ini berakhir?” Balas NYFW, “Not today!” Sekali lagi beg fanny menjadi aksesori utama untuk trend musim luruh di New York.
FUN SWEATER’S BACK!

Baju panas – baik baju kait tebal atau sweater biasa – hadir dengan motif corak lucu, nakal atau playful kembali! Baja East, Monse dan Coach (antaranya) masing-masing menyematkan motif yang berbeza-beza atas bodice, yang menjadi focal point musim ini.
CORAK ‘BINTANG’

Kami tidak bercakap tentang salah satu cakerawala yang mengeluarkan cahaya itu… bukan! ‘Bintang’ yang dimaksudkan adalah corak harimau bintang atau leopard prints yang menjadi kegilaan Tom Ford, Victoria Beckham juga Diane Von Furstenberg. Rumah-rumah fesyen utama menyerakkan sisi liar kali ini.
MODERN MODESTY
Berbekalkan tekad untuk mengetengahkan kepelbagaian, ada sebilangan pereka yang – sama ada sengaja atau tidak sengaja – menyelitkan sekali gaya-gaya modesty atau kesederhanaan, tetapi dalam interpretasi ultra-moden. Contohnya, konsep CEO di Alexander Wang dan the new Burkini oleh Chromat. So cool!
FETISY LEHER

Bersedialah, kerana leher tak lagi dihiasi barang kemas. Sebaliknya simpulan lengan baju panas – seperti di atas pentas Tibi – atau skaf besar – gaya 3.1 Phillip Lim – yang menambah seri. Cuba saja gaya ini nanti, untuk menguji kreativiti.
POLA ROMANTIK…MASIH TEGAR!

Setelah melihat ada beberapa rumah fesyen yang mempersembahkan baju pajama dan sut feminin sebagai helaian malam, kami fikir, “Evening gown’s dead?” nampaknya perkiraan kami silap. Masih ada lagi pola romantik gaun malam di NYFW. Cuma rupanya lebih moden, begitu sarat dengan butiran dan siluet yang digubah sedikit.
SHINY SHIMMERY

Jeremy Scott sekali lagi berani candang memunculkan gaya perempuan siber, cyber goth dan ala futuristik untuk musim luruh dingin tahun ini. Sudah tentulah, fabrik berkilat atau berkilau menyempurnakan idea Jeremy. Tadashi Shoji dan Jason Wu juga melestarikan fabrik berkilat, tetapi diolah pada rekaan evening mereka.
THE MODERN PRAIRIE

Rata-ratanya, rumah-rumah fesyen New York (for some reason) mentaasubi gaya yang diinspirasikan daripada stail prairie. Mungkin siri Little House On The Prairie ataupun this whole grasslands-culture menterjemahkan semangat Amerika, melangsungkan idea mereka menghasilkan sesuatu yang bersifat tradisional, poetic, feminin dan lembut.
SERAGAM KERJA BARU

Get ready, ladies. Your new working attire is all about power dressing! Bottega Veneta mengeluarkan idea sut berwarna terang yang berpangsikan pekerja Wall Street untuk wanita manakala Alexander Wang (sekali lagi kamu ulang) menggambarkan wanita sebagai CEO. Barangkali era wanita perkasa masa kini mempengaruhi minda mereka? Meleburkan kod dress kerja konvensional.
KUASA BALDU

She seems fragile and delicate. Bulu halus yang mencantikkan rekaan-rekaan musim luruh 2018. Fabrik baldu masih kuat dimegahkan di atas pentas NYFW. Seperti biasa, fabrik baldu diolah pada helaian-helaian malam yang romantik – Bottega Veneta menggunakan gabrik baldu pada dress ala jubah mandi dan Diane Von Furstenberg pula pada jumpsuit. 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE