SEARCH

Off White Rangkul ‘Jenama Paling Popular’… Sekali Lagi!

Off White Rangkul ‘Jenama Paling Popular’… Sekali Lagi!

Sekali lagi? Off White adalah Hottest Brand untuk tahun 2019 pula? Virgil Abloh, pereka yang dikira melambangkan kekinian, biarpun perbezaan isme-nya tak mudah diterima sejagat dan ada sahaja pembenci yang menilai cacat celanya, namun jenama yang dia pimpin itu kaut ‘anugerah’ paling popular.

Benci-benci pun, berdasarkan senarai Lyst, jenama Off White yang diasaskan oleh Virgil meraih Hottest Brand! And guess what? Bertahan buat tahun kedua!

Kata orang, dalam sekelip waktu sahaja Off White menggemilangkan kedudukan dalam industri fesyen dan gelombang trend Off White hadir seperti badai yang memukul ombak. Off White sendiri-sendiri berjaya melumpukkan pengikut-pengikutnya, lantas namanya menjulang naik. Laporan Lyst menghimpun data jualan produk-produk Off White berdasarkan shopping habit lebih sembilan juta konsumer, di atas talian setiap bulan – didukung lagi oleh faktor earned media – dan impak ini mendorong pola pembelian juga hasil jualan Off White.

off white hottest brands lyst 2019

Orang suka kut pada logo corak tipografi Helvetica, apostrophe dan simbol cabang anak panah mahupun motif jaluran yang sinonim dengan nama jenamanya. Tambahan pula, orientasi juga asosiasi Off White yang dikatakan berkiblatkan kemudaan serta memenuhi hasrat hati milenial, maka berasaskan alasan-alasan teknik, tidak hairan ia mengungguli yang lain dan berada di tangga teratas.

Laporan senarai jenama fesyen popular yang keluar kelmarin betul-betul menyaingi ketibaan rangkaian kolaborasi Off White bersama IKEA di Malaysia hari ini. Seolah-olah menyambut kejayaan Virgil. Malah pada awal Oktober yang lalu, kita dihidangkan dengan perihal baju kahwin Hailey Bieber yang direka khas oleh Virgil dan namanya memuncak naik lagi. This year is Virgil’s year.  Sungguhpun Virgil berehat seketika kerana keadaan kesihatannya yang tak mengizinkan, namun tahun ini menjanjikan sesuatu yang optimis buat Virgil.

Selain Off White, antara jenama lain yang tersenarai dalam jenama paling popular termasuklah Balenciaga di tangga kedua, diikuti oleh Gucci di tangga ketiga, manakala Vetements yang baru sahaja ‘kehilangan’ Demna Gvasalia duduk di tempat kesepuluh. The New Bottega Veneta yang diselia oleh Daniel Lee buat pertama kalinya tersenarai dalam top 20 dan tidak mustahil – dengan pembaharuan penjenamaannya – ia bisa ‘merangkak’ naik ke top 10 di masa akan datang. Nantikan saja!

Corak ‘geometri’ yang sudah sinonim dan signifikan buat Off White, menjadi faktor sebab orang mahu membelinya

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE