Posted on October 14, 2020
Kami tahu sudah lagu apa yang akan tersenarai dalam playlist Spotify hujung minggu ini. Lagu Omar Apollo yang terbaru, duetnya bersama Ruel yakni lagu ‘Want U Around’ yang baharu sahaja dilepaskan secara rasmi semalam! Apalagi pada kesempatan kita sekarang – di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah – sedang ‘berkurung’, kerana perintah kawalan pergerakan bersyarat. Jadi, perlu rasanya mendengar lagu-lagu yang berentak blues, soulful dan sedikit funky untuk halwa telinga kita.
And so, we need to listen to Omar Apollo!
Seperkara tentang Omar atau nama penuhnya Omar Apolonio Velasco, di samping muziknya, adalah penampilan atau gayanya yang menawan perhatian kami. Omar tampil dengan imej berambut rona hijau berlumut kebiru-biruan – menurut wawancaranya bersama Vogue, Omar hanya menggunakan pewarna rambut berharga enam dolar dan dilakukan secara D.I.Y – dan menunjukkan gayanya yang berani. Berani yang dimaksudkan oleh kami adalah keberanian Omar memudarkan imej tipikal artis lelaki dan dia bukanlah seorang pemuda yang mudah terbawa dengan aliran gaya yang senada dengan orang lain.
Sebaliknya, Omar mencocokkan diri dalam penggayaan yang berlainan. Dia mahu mewarnakan rambutnya dalam rona hijau kebiru-biruan, go ahead (pun intended)! Dia mahu memakai skirt kerana mahu menayangkan kasutnya dan mengenakan barang kemas, ah, pakai saja! Dia mengacukkan blaus perempuan bersama ceraian lain yang murah harganya? Dia tidak peduli pun.
Jadi, bagaimana mahu menggambarkan stail atau gaya Omar? Apa yang terlihat pada imej Omar, penyanyi yang berasal dari Mexico ini adalah dia mengharmonikan fesyen yang sedikit funkadelic, mengembalikan imej fesyen 70an yakni era lelaki yang punya keyakinan kendiri, relaxed informality dan juga sedikit decorative. Yang penting, Omar turut ‘memotong’ fesyen arketaip lelaki dan menaruh gaya yang kelihatan feminin.
Menyambung lagi pertemuannya bersama Vogue, Omar mengaku bahawa dia suka ke bahagaian pakaian-pakaian perempuan di kedai-kedai pakaian vintaj atau thrift shop. Kerana dia suka bereksperimen, sekadar suka mencuba dan mementingkan keunikan gaya. Tambah Omar lagi, dia tidak takut menyarung pakaian yang menampakkan kulitnya, tidak terlalu cerewet dari segi harga, malah tidak kisah memadankan pakaian-pakaian yang berharga sangat murah dengan jenama-jenama fesyen lain seperti Marni (contohnya).
Selain Harry Styles (ikon fesyen yang kami suka) atau nama lain seperti Ezra Miller, Omar Apollo adalah seorang lagi artis lelaki yang seyogia digelar ikon fesyen. Ikon fesyen lelaki yang kita mahu, kita perlu dan kita dambakan selama ini! Hai, bilalah agaknya artis-artis lelaki Malaysia seberani mereka, ya? Hmm.
GAYA-GAYA OMAR APOLLO YANG KAMI SUKA… #STAILAVVV!
Gambar-gambar diambil daripada Instagram Omar Apollo
Apa pandangan anda?