SEARCH

Onitsuka Tiger 70 Tahun & 7 Kolaborasi Istimewa

Onitsuka Tiger 70 Tahun & 7 Kolaborasi Istimewa

Tak sangka, kan? Rupa-rupanya Onitsuka Tiger sudah berusia tujuh dasawarsa! Dalam ‘sayembara’ dunia kasut dan sniker, Onistuka Tiger cemerlang bukan sahaja kerana ia tercipta untuk lapangan sukan semata – bukan sahaja untuk tenis, sukan trek, bola tampar, kriket atau lain-lain – namun ia mempersonifikasikan satu gaya hidup. Gaya hidup buat pencinta-pencinta stail kontemporari, yang tahu menghargai nilai warisan serta teknologi yang tersisip bersama.

Tujuh puluh tahun ia menegapkan kedudukan dalam industri kasut dan pasti Onitsuka Tiger telah melewati beberapa fasa sepanjang kewujudannya. Kihachiro Onitsuka yang mula mengasas jenama ini pada 1949, berjaya melakarkan sejarah buat Onitsuka Tiger dan kini, ia merencanakan satu cara untuk merayakannya.

onitsuka tiger cinoh takayuki chino 70 years

Onitsuka Tiger menjadikan nombor tujuh sebagai nombor bertuahnya. Mengambil sempena ulang tahun ke-70 tersebut, Onitsuka Tiger mengait hubungan dengan tujuh pereka serta jenama fesyen terpilih, bahu-membahu bersama mereka dan menghasilkan tujuh koleksi kapsul istimewa tahun ini. Onitsuka Tiger bekerjasama dengan pereka-pereka juga jenama-jenama fesyen asal Jepun serta antarabangsa. Setiap satu himpunan kolaborasi Onistuka Tiger ini dilepaskan setiap bulan, bermula dari bulan Julai (sekarang) sehinggalah hujung tahun 2019 kelak!

Tujuh pereka fesyen juga jenama fesyen yang menjadi pilihan Onitsuka Tiger dan pada bulan Julai ini, baru satu sahaja yang sudah dilepaskan. Yakni kolaborasi Onitsuka Tiger bersama pereka fesyen CINOH, yakni Takayuki Chino. Kolaborasi Onitsuka Tiger X CINOH mempertaruhkan rekaan kasut bola keranjang Onitsuka Tiger yang terdahulu, menginspirasikan Basketball Lo. Ia mencedok tema rona putih, dengan rekaan hibrid dan ditambah rona lain pada tali kasut serta bahagian tapaknya, sebagai simbol ekspresi tri-color.

Kolaborasi ini tidak hanya terhenti di situ sahaja. Onistuka Tiger X CINOH juga menghidangkan koleksi jaket dan seluar yang bukan sahaja dipakai secara berasingan, malah bisa disatukan menjadi sepasang sut. Jaket serta seluar biru kelasi yang turut ada elemen tri-color bagi menjelmakan estetika sporty. Koleksi jaket ini terbahagia kepada dua stail, single breasted untuk lelaki manakala double breasted untuk perempuan.

onitsuka tiger cinoh takayuki chino 70 years

Rekaan-rekaannya tidak mencemarkan jati diri Onitsuka Tiger, namun ada ciri chic padanya. Saya menggabungkan standard Onitsuka Tiger yakni tri-color dengan rona-rona signature CINOH,” jelas Takayuki mengenai himpunan tersebut.

Ada enam lagi kolaborasi Onitsuka Tiger yang masih lagi hush hush siapa perekanya. Tetapi apa yang bisa kami khabarkan sedikit kepada kamu adalah, salah satu kolaborasinya – yang akan drop pada bulan Ogos nanti – adalah  bersama jenama fesyen yang baru sahaja merai ulang tahun sedekad sewaktu minggu fesyen Paris menswear musim bunga panas 2020 yang lalu. Take a wild guess!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE