Posted on October 27, 2020
Online meeting dalam masa sepuluh atau lima minit lagi dan kamu baru lepas bersenang-senang di atas katil. Kemudian, rasa kelesa nak bersiap beria-ia, gapai apa sahaja yang tergantung dalam gerobok… “Ah! Pakai saja.” Apalagi dengan sekarang ini kita se-Malaysia sedang menempuh perintah kawalan pergerakan bersyarat yang keberapa entah – atas sebab kebebalan ‘politikus’ yang mengakibatkan kes COVID-19 meningkat – dan ada yang sudah bekerja dari rumah sahaja. Langsung, kepala pun menjadi ‘tepu’, tak kuasa memikirkan gaya penuh atas bawah sekali dengan kasut.
Biar bahagian bawah telanjang dan cukup yang bahagian atas sahaja lengkap berpakaian, kononnya kelihatan sedang serius bekerja. Lol!
Maksudnya, dalam masa setahun ini fesyen #WFH atau work from home masih lagi relevan-lah. Sungguhpun pernah kami menjelaskan tentang fesyen #WFH dan mencadangkan kepada kamu untuk mengikut akaun Instagram @wfhoutfits yang tular sewaktu awal-awal perintah kawalan pergerakan sebelum ini, nampak gayanya sehingga kini, idea fesyen #WFH tak patut dipertikaikan.
Namun, kelaziman baharu tahun 2020 tak lagi memahukan kita dress for the occasion dan terkadang kita jadi liat. Sedar tak sedar menyambalewa dalam hal berpakaian, sampai nampak terlalu kasual dan tak profesional ketika Zoom meeting atau di Google Meet. Iya, takkanlah sanggup menyarung kasut kerja formal yang kurang selesa atau seluar slek fabrik wool dalam rumah. Sekadar memakai inside-boxer shorts atau seluar pendek berpinggang elastik tanpa kasut pun memadai dah. Tetapi bagaimana sekali pun malasnya, biarlah bahagian atas bersiap dan tak perlulah terlalu beria-ia.
Cadangan kami? Sediakan kemeja atau blaus on-the-go yang tersedia gantung pada rak baju. Kemeja-kemeja atau blaus-blaus ini bukannya helaian yang sembarangan pun. Pilih kemeja-kemeja atau blaus-blaus bercorak, – sama ada bercorak geometri mahupun motif organik – ada butiran pada yoke atau badan baju ropol-ropol dan tak lupa juga perincian pada kolar yang menambat perhatian. Menariknya fasal helaian-helaian sebegini adalah, bukan sahaja ia memperlihatkan keupayaan kamu untuk nampak profesional, malah juga menonjolkan kamu bila muncul di skrin. Percayalah.
Sangat mudah dalam hal penggayaan, ia tidak menghendakkan kamu untuk melapiskan ia dengan jaket, blazer atau seumpamanya. Just the shirt or the blouse and you’re good to go!
10 AFFORDABLE ON-THE-GO SHIRTS / BLOUSE UNTUK ONLINE MEETING
1. COS, $ 99.00 (lebih kurang RM 412.00)
2. Zara, RM 179.00
3. Zara, RM 179.00
4. Uniqlo X JW Anderson, RM 129.90
5. Topshop, 35.99 Pounds (lebih kurang RM 195.00)
6. Pinko
7. Monki, $ 35.00 (lebih kurang RM 145.00)
8. Mango (daripada Zalora), RM 169.00
9. H&M Divided, RM 99.95
10. Marks & Spencer, RM 139.90
Apa pandangan anda?