SEARCH

Original Supermodel: Claudia, Cindy & Naomi untuk Kempen Balmain

Original Supermodel: Claudia, Cindy & Naomi untuk Kempen Balmain
Claudia, Cindy dan Naomi bersama Pengarah Kreatif Balmain, Olivier Rousteing
Claudia, Cindy dan Naomi bersama Pengarah Kreatif Balmain, Olivier Rousteing

Pengarah Kreatif Balmain, Olivier Rousteing meneruskan lagi kebijaksanaannya dalam mencipta geger untuk jenama yang dikemudikannya ini. Untuk musim bunga 2016, dia berjaya mendapatkan supermodel terkenal dunia yang masih tiada pengganti sampai hari ini, Claudia (Schiffer), Cindy (Crawford) dan Naomi (Campbell) menjadi #BalmainArmy menghiasi kempen iklannya.

Katanya, “Kempen iklan ini menandakan bab baru untuk kami. Kempen ini adalah mengenai sebab saya mencintai fesyen. Wanita-wanita ini adalah sebabnya. Mereka membuat saya mencintai fesyen semalam, hari ini dan akan membuat saya mencintai fesyen esok dan selamanya.”

Ya, kerana wanita-wanita ini adalah legenda dan mencipta epik. Dan fesyen seharusnya sebegitu. Ia harus mencipta impak, meninggalkan kesan, membuat kita teruja, gembira dan look forward to something new. Dan ia juga perlu mem buat kita tidak mahu meninggalkannya sampai bila-bila. Mungkin ciri-ciri inilah yang dimahukan Rousteing buat Balmain dan kerana itu juga dia memutuskan memilih tiga wanita epik ini.

Balmain/ Steven Klein
Balmain/ Steven Klein
Balmain/ Steven Klein
Balmain/ Steven Klein

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE