Posted on February 10, 2020
Akhirnya, Oscars 2020 berlangsung hari ini dan seperti selalu… three words : detik karpet merah! Kami sekali lagi meneropong selebriti terkemuka yang memegahkan laluan karpet merah Oscars, masing-masing melaram dengan gaya-gaya ‘dress pemenang’ dan yang manakah menjadi pilihan STAIL.
Dalam pada #OscarsSoWhite meredah, mendinginkan minggu pengumuman pencalonan Oscars tahun ini yang akhirnya hanyalah seribu bisu, dalam kesempatan itu tetap orang tidak ambil pusing dan meneruskan juga acara. Ada betul juga tanda pagar tersebut dicipta, kerana tidak ada bakat-bakat people of colour yang tercalon sedangkan Hollywoodism yang sekarang mendambakan diversifikasi. Apa sudah jadi? Show must go on?
Kami di sini pula meneruskan kerja, meletak ke tepi sebentar isu politik dan seperti lazim, memberi perhatian ke atas detik karpet merahnya. Garapan kami tentang karpet merah Oscars 2020 adalah expect the unexpected. Selebriti-selebriti wanita yang hadir dalam gaya rencaman. Ada yang meniupkan semangat glamor Hollywood, ada yang memodenkan detik karpet merah, ada pula yang memperjuangkan sustainability dan tak lupa juga, ada yang mengambil langkah untuk mentransformasikan diri. Yes, we are looking at you, Mindy Kaling.
https://www.instagram.com/p/B8Xh96FIEXp/
Natalie Portman menggayakan dress Dior yang bersulamkan nama-nama pengarah wanita yang ‘robbed’ di Oscars
Kami perasan rona hitam banyak menguasai karpet merah Oscars kali ini. Antaranya, Charlize Theron yang tercalon untuk kategori pelakon wanita terbaik bagi filem ‘Bombshell’, memilih gaun klasik-tipikal-Hollywood berona hitam daripada Dior. Dan Chalize memberatkan elemen rona hitam itu pada warna kuku serta kasut yang dipakainya. Selain Charlize, Margaret Qualley, Margot Robbie, Zazie Beetz dan Rooney Mara pun menyarung dress hitam. Penelope Cruz juga tak ketinggalan menggayakan gaun hitam daripada Chanel, tetapi… bahagian skirt-nya kelihatan berkerumuk. Hmm, tidak diseterika?
Dua bintang milenial yakni Saoirse Ronan dan Kaitlyn Dever memilih untuk menguatkan tema sustainability di Oscars. Kami suka dengan mesej yang cuba disisipkan oleh dua pelakon ini. Saoirse mengitar semula dress Gucci yang dia pakai – di mana bahagian atas badan bajunya itu adalah bahagian badan baju yang sama dengan dress Gucci Saoirse di BAFTA minggu lalu – manakala Kaitlyn memakai dress sustainable Louis Vuitton, daripada inisiatif Red Carpet Green Dress.
Dan bercakap tentang Mindy Kaling di atas, ya, transormasi gayanya menambat perhatian. Dia nampak matang dalam dress asimetri kuning Dolce & Gabbana, menyerlahkan penampilannya dan nampak elegan sekali. Love!
EXPECT THE UNEXPECTED DI OSCARS 2020!
Kemunculan Blac Chyna di Oscars adalah di luar jangkaan! Pelik, kenapa dia berada di Oscars?
Janelle Monae bertudung dalam gaun Ralph Lauren
No more red dress? Scarlett Johansson dalam gaun Oscar de la Renta
Drama! Drama! Sandra Oh dalam gaun Elie Saab
At her age and that body? Renee Zellweger menayangkan tubuh sihatnya menerusi gaun Armani Prive ini
Black dress galore! Margot Robbie menggayakan Chanel, Charlize Theron memakai Dior, Rooney Mara menggayakan Alexander McQueen dan Penelope Cruz dalam Chanel
Olivia Colman nampak cantik dalam rekaan Stella McCartney ini
Terserlah! Mindy Kaling dalam gaun Dolce & Gabbana
Known for her quirkiness, Kristen Wiig menggayakan Valentino
Memperjuangkan sustainability, Kaitlyn Dever mengenakan dress Louis Vuitton dan Saoirse Ronan ‘mengitar semula’ dress Gucci
Apa pandangan anda?