SEARCH

‘Packing’ Untuk #InSTAILgramworthy: Pek Item Stailish Cara STAIL.MY Untuk Kembara Jeraya!

‘Packing’ Untuk #InSTAILgramworthy: Pek Item Stailish Cara STAIL.MY Untuk Kembara Jeraya!

Kembara jalan raya belum sempurna jika suasana berkecah ‘packing’ itu tidak ada. I mean, apa-apa saja pengembaraan dan percutian pun, pasti perihal packing menjadi isu atau perkara pokok utama. Tak tau nak bawa apa bersama, buntu nak pack yang mana dan pening memikirkan apa yang harus dipek sekali. Kami, team STAIL.MY, paling signifikan adalah pek item-item stailish sahaja! Kerana kalau hendak mengembara ke mana-mana, perlu tampil stailish. Apa yang dipakai kenalah ada gaya dan jangan alang-alang. Don’t you think so?

Item-item stailish untuk dibawa bersama! Dari kiri, beg sandang Stella McCartney, kaca mata Fendi, baju panas berhud H&M, skirt floral Zara, baju panas Gucci dan kasut but Paul Smith

Lebih-lebih lagi dalam menjayakan #InSTAILgramworthy – inisiasi road trip kami ke Ipoh, Perak dan Penang, Pulau Pinang – mencari lokasi-lokasi terbaik di dua ibu kota utama ini yang cantik dan berbaloi untuk Instagram! Iyalah, masa kini, percutian, pengembaraan atau masa untuk melapangkan fikiran… kesemua itu kita mesti mahu kongsikan dalam Instagram, kan? So, let us share with you the best location for your Instagram feed. Sekaligus, tujuan ‘Stailish Road Trip’ kami ini juga untuk merai bulan kemerdekaan Malaysia, hujung bulan Ogos ini. Cara kami menghargai apa yang terbaik fasal Malaysia!

Untuk pek item-item stailish, bawa ‘stail’ kamu bersama. Jangan overthink. Tetapi, pastikan ia dalam smaller scale. Contohnya, jika kamu jenis yang suka bergaya kot panjang dan seumpamanya, mungkin untuk road trip, bawak blazer ringkas yang boleh menyamai identiti gaya kamu. Ataupun kalau kamu rasa mahu membawa dress labuh sekali, pek saja. Tetapi pilih dress yang ringan dan tidak memberatkan beg, perhaps?

Jadi, kami mahu tunjuk cara packing, dengan membawa sekali item-item stailish. Seperti yang dipamerkan dalam video tutorial di atas. Kami tahu, semua orang pasti ada trik tersendiri atau cara masing-masing dalam hal packing. Tetapi kami hanya sekadar mahu kongsi saja aturan STAIL.MY yang mungkin boleh dikutip sebagai ilmu? Apa salahnya!

PACKING CARA STAIL.MY

Pertama sekali, beg bagasi saiz kabin is the best untuk kembara singkat. Apa sahaja yang tebal atau sedikit berat seperti baju panas, lipatkan dalam kadar yang bisa menjimatkan ruang. Dan pastikan helaian ini diletakkan dahulu. Ia diikuti oleh jean – ya, jean itu mesti dibawa! Kerana ia versatil dan mudah untuk digayakan. Jean jangan dilipat tebal, sebaliknya lipat ia secara bersilang dalam dua lipatan sahaja.

Ceraian-ceraian lembut seperti kemeja kapas, gulungkan saja dan selit di ruang-ruang tepi. Tali pinggang pula jangan gulung sehingga membulat! Letakkan ia di sekeliling ruang tepi beg (kerana ia nipis dan tak makan ruang). Jika ada item yang boleh muat dalam compartment lain, pek kan saja! Skirt kemudiannya ditindih kasut tumit tinggi. Then, voila! You’re off to go! Ia menjimatkan ruang, tidak membebankan dan senang untuk dibawa bersama. Cuba dan beritahu kami, apa hasilnya!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE