SEARCH

Paris SS18: 11 Trend ‘Spot-On’ Menerusi Mata Kami!

Paris SS18: 11 Trend ‘Spot-On’ Menerusi Mata Kami!

Akhirnya, terurai juga riwayat Clare Waight Keller untuk Givenchy di Minggu Fesyen Paris! Tertunggu-tunggu orang, hendak menilai hasil kerja pertama Clare untuk Givenchy dan, I would say, there were moments. Clare melembutkan ‘nada’ Givenchy dan lebih cenderung kepada ease dressing. Tidak ada sangat drama sebagaimana yang selalu didorong oleh Riccardo Tisci sebelum-sebelum ini.

Pendek kata, beginilah… Pancaindera Clare dan Riccardo tak sama. Clare tahu dan faham apa yang wanita (dan lelaki) mahu pakai, namun Riccardo pula sebelumnya menghendakkan wanita (dan lelaki) memahami apa yang dia mahu mereka pakai. Get it?

Cukup dengan cerita fasal Givenchy, kita ke tuntas drama Paris Fashion Week musim bunga panas 2018. Pangkalan terakhir kalendar sosial minggu fesyen, Paris untuk tahun hadapan mengisih berlainan gagasan atau adicita, memantul panorama yang memerihalkan gemblengan penceritaan – bak membaca buku kumpulan cerpen yang punya sipnosis berbea-beza.

Awal tadi saya bercerita tentang Givenchy yang menukar the art of seduction bersandarkan jiwa Clare, manakala Stella McCartney pula memulangkan kembali sendi klasik dan tradisonal wanita. Off White dan Dior sama-sama memperjuangkan femininity. Di mana Off White memegahkan sosok Lady Di tetapi dia mengatur ia dengan aspek kesukanan dan Dior merayakan femininity secara umum.

Chanel (seperti biasa) dan Louis Vuitton pula muncul gah, memilih lokasi terulung di Paris. Chanel di Grand Palais – berlatarkan seting air terjun – manakala Louis Vuitton mempersembahkan himpunan kali ini di Musee Du Louvre. Chanel yang hadir dengan plastic transparent boot dan transparent caped-shoulder cover,  seperti ada pangsi ilham 60an yang mengakali Karl Lagerfeld.

Louis Vuitton mengutip nada gaya mewah, ala aristokrat dan wanita diraja. Sudah tentu kegemaran peribadi, adalah Jacquemus dan Celine. Kedua-duanya memperlihatkan sesuatu yang ultra-moden, ultra chic dan mendefinisikan apa wanita era baru harus pakai musim yang mendatang ini.

Jadi, apa trend Paris musim bunga panas 2018 kelak? Nah, kami simpulkan sebelas trend spot-on di minggu fesyen Paris baru-baru ini sebagai rujukan kamu!

1. SENI ARTISTIK

Dari kiri : Junya Watanabe, Dries Van Noten dan Lemaire

2. DENIM DIBAHARUI

Dari kiri : Stella McCartney dan Chanel

3. FANNY PACK, BEG KECIL SEBAGAI AKSESORI

Dari kiri : Kenzo, Balenciaga dan Givenchy

4. FUN FEATHERS

Dari kiri : Ann Demeulemeester, Moncler dan maison Margiela

5. CUBA GABUNGKAN… MERAH & PERANG!

Dari kiri : Celine dan Maison Margiela

6. RUFFLES, GATHERS, PEPLUM, FLOUNCES

Dari kiri : Chloe, Off White, Balmain dan Stella McCartney

7. T-SHIRT WITH EVERYTHING

Dari kiri : Moncler dan Louis Vuitton

8. PERAWAKAN MEWAH, CARA BARU

Dari kiri : Louis Vuitton, Saint Laurent Paris dan Chanel

9. TRANSPARENCY

Dari kiri : Dries Van Noten dan Dior

10. HITAM LAWAN PUTIH

Dari kiri : Jacquemus, Off White, Lanvin dan Celine

11. WOULD YOU WEAR…CROCS?

Balenciaga

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE