SEARCH

Park Wien Adalah Instagram Harus ‘Follow’ Tahun 2018!

Park Wien Adalah Instagram Harus ‘Follow’ Tahun 2018!

Bagaimana untuk memulakan tahun 2018 dengan lebih positif, meriakan dan menyenangkan hati? Follow atau ikut Instagram Park Wien (@park_wien)! Serius! Buat pencinta-pencinta fesyen, mungkin akaun Instagram ini adalah rujukan terbaik yang bisa membuatkan tahun 2018 kamu lebih optimis.

Ada sesuatu tentang real people, real fashion yang bergelombang dalam akal budi orang-orang kuat industri tahun lalu, yang membulatkan kepelbagaian dalam marcapada fesyen era baharu. Diaspora diversifikasi bangsa, saiz fizikal model, wajah yang tak kira rupa dan tak kira siapa membentuk fesyen yang tak lagi berpaksi pada satu dimensi sahaja.

Fesyen menjadi lebih menyeronokkan, mempunyai karakter dan menyerlahkan ketersendirian. Kami mengharapkan ragam fesyen 2018 kelak mengoptimumkan sesuatu yang berwarna-warni, ultra-moden dan getting more real. Let’s hope for the best.

Apa kata kita rai tahun baru 2018, lembaran baru, fasa baru, ‘rasa’ baru ini dengan mengikuti akaun Instagram @park_wien! Mengapa? Kerana akaun Instagram milik sebuah butik konsep di Vienna, Austria ini benar-benar menampilkan real people yang bertindak sebagai model untuk lookbook mereka – menjadikan model wanita berusia 95 tahun sebagai muse atau ikon utama mereka! Siapa sangka, kan? It’s never too late for anything.

Budaya street casting dan menyunting model-model menerusi media sosial – Givenchy menswear musim bunga panas 2017 pernah mengusulkan pendekatan yang sama – begitu trending sehingga menyuakan jenama-jenama fesyen dengan wajah-wajah segar yang tak biasa terlihat. Butik konsep, Park asal Austria yang diasaskan oleh Markus Strasser juga menggunakan cara yang sama, lantas mengambil Ernestine Stollberg atau Erni yang berusia 95 tahun menjadi resident model. Perwatakan jujur yang berbekalkan rupa sebenar Erni berjaya mengaut perhatian umum.

Malah Erni tidak canggung apakala berada di hadapan kamera. Kata Markus dalam temuramah dia bersama Vogue.com, “Saya pakaikan sesuatu yang elegan pada Erni, dia terus beraksi elegan. Jika saya gayakan sesuatu yang agak trashy pula atau stail yang cool, Erni akan menjelmakan satu attitude yang berjaya mengubah look itu dan saya tidak perlu berkata apa-apa lagi.” Erni sudah puas mendandani diri dalam helaian-helaian daripada Y Project, Ann Demeulemeester, Bernard Willhelm, Acne Studio dan macam-macam lagi.

Erni yang pernah lari ke Buenos Aires dan kembali semula ke Vienna selepas tamatnya perang dunia kedua pada tahun 1930-an, adalah bekas penari. Tidak hairanlah dia biasa pose ala model!

10 GAMBAR-GAMBR ERNI DALAM INSTAGRAM @park_wien YANG KAMI SUKA!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE