SEARCH

Paul Smith X New Balance, Menyemarakkan FIFA Tahun Ini!

Paul Smith X New Balance, Menyemarakkan FIFA Tahun Ini!

paul smith new balance fifa 2018

Siapa yang bisa jangka, Paul Smith dengan New Balance bersatu? Benar, itulah yang terjadi! Paul Smith bekerjasama dengan jenama kasut New Balance, menghasilkan koleksi kapsul edisi terhad. Kolaborasi ini bakal mengeluarkan kasut-kasut sniker, but bola sepak termasuklah bola, mengambil sempena Piala Dunia FIFA 2018 atau World Cup 2018 di Rusia.

Menyinggahi kisah waktu kecil Sir Paul Smith, dia sebetulnya tidak mendewasa dengan dunia sukan bola sepak. “I grew up as a big cycling fan,” kata Sir Paul. Abangnya dalam sukan permotoran, manakala bapanya seorang fotografer. Sukan bola sepak itu sekadar di pinggiran, lebih-lebih lagi dia dibesarkan di Nottingham, “…you didn’t really have much choice in the matter.”

paul smith new balance fifa 2018

Apabila Sir Paul disunting untuk bekerjasama dengan jenama kasut asal Amerika, New Balance, ia merencanakan satu usaha sama yang sangat unik. Paul Smith yang begitu utuh dengan jati diri British dan New Balance yang menyerakkan sukma Amerika, dipertembungkan atas satu pangsi yakni sukan bola sepak. Dan, kolaborasi kapsul ini bermatlamat untuk mengiringi juga merai Piala Dunia FIFA 2018 yang bakal berlangsung di Rusia.

Mengenali Sir Paul, dia orang yang pemilih dan agak teliti dalam hal-hal kolaborasi dengan jenama miliknya. Untuk dia berkata “Ya” kepada jenama New Balance dan bersempena Piala Dunia FIFA 2018, bermakna, we have a good feeling about this!

Paul Smith X New Balance akan menghasilkan himpunan kasut istimewa seperti sniker juga but bola sepak yang tersemat rekaan kontemporari – teknologi kasut New Balance dikahwinkan dengan identiti warna serta motif jaluran distingtif jenama Paul Smith. Antara yang menjadi highlight adalah but Made In The UK atau MiUK-One Football Boot dan dua pasang kasut New Balance 576 Classic. Amaze-balls!

Speaking of balls, kerjasama ini turut menampilkan rekaan bola sepak yang dijahit tangan, sarat motif jaluran Paul Smith dan disempurnakan dengan logo ‘NB’ New Balance.

Membesar melihat ayahnya yang pernah terlibat dalam proses mereka lencana untuk Nottingham Forest Football Club telah membantu menginspirasikan Sir Paul untuk menghasilkan kolaborasi kapsul New Balance ini. Mengapa dia memilih New Balance secara spesifik? Semua kerana Sir Paul kagum dengan kualiti yang ditonjolkan oleh New Balance serta kehebatan jenama tersebut yang masih relevan dan mampu meneguhkan status dalam kesengitan dunia fesyen kasut yang semakin dahsyat masa kini.

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE