SEARCH

Malam Elegan Pembukaan Butik Dior Kedua di Malaysia

Malam Elegan Pembukaan Butik Dior Kedua di Malaysia
diorklcc29_stailmy
Ruang yang menempatkan ready-to-wear musim terkini

 

Sungguh mata ini terpana. Saat melangkah masuk ke dalam butik kedua Dior di Suria KLCC ini, perkara pertama yang menarik perhatian saya ialah rekaan dalamannya yang sungguh moden dan elegan. Ini bertepatan sekali dengan dunia Dior. Ruang pertama menempatkan aksesori. Tas tangan dan kasut-kasut terkini dipamerkan di ruangan ini. Menjengah ke ruang kedua, ia menempatkan bahagian ready-to-wear jenama ini. Dan tentunya ruang paling dalam ialah bilik VIP dan fitting room. Rekaannya mewah berlatar monokrom. Sungguh sofistikated.

Meneruskan minat Christian Dior dalam dunia seni, beberapa nukilan seni daripada artis prominen antarabangsa turut diletakkan di sini. Di ruang ready-to-wear ada nukilan Fredrikson Stallard selain Cityscape Credenza oleh artis Amerika Paul Evans dan bangki Thierry Lemaire. Artis, Oyoram pula mencipta instalasi video istimewa untuk butik ini.

Malam pembukaan butik ini mengumpulkan who’s who Kuala Lumpur. Dari selebriti hinggalah ke sosialit-sosialit kota, semuanya membanjiri butik ini dengan helaian terbaik masing-masing. Dior, Suria KLCC bertempat di Lot LC-G01 & G23B.

diorklcc30_stailmy
Ruang aksesori

 

diorklcc31_stailmy
Ruang VIP Dior ini bertemakan monokromatik

 

TETAMU-TETAMU DI MALAM PEMBUKAAN DIOR, SURIA KLCC

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE