SEARCH

Pengaruh Stail Powersuit 80’s: Alexis Carrington

Pengaruh Stail Powersuit 80’s: Alexis Carrington

Jika Leen Muhtar menulis tentang solekan Alexis Carrington, saya pula tentunya terpengaruh juga untuk menulis tentang stailnya yang saya kira turut mempengaruhi trend fesyen era 80-an. Sesungguhnya wardrobe stylist siri Dynasty, Nolan Miller puas sangat rasanya dapat membentuk imej watak-watak dalam siri ini. Terutama sekali Alexis Carrington. Ini kerana watak Alexis itu sendiri sungguh berkarakter. A power woman who strives to get what she wants. Dan menjalani gaya hidup yang sungguh glamor dan stail-ish.

“Where’s the champagne and caviar?” Itu antara line yang sering disebutnya dalam siri ini. Dan gaya hidup glamor sebegini seharusnya dipadankan dengan busana-busana fashionable dan glamor. Tidak pernah sekalipun penampilannya dalam siri ini sepanjang sembilan tahun ia bersiaran, biasa-biasa dan menyarung helaian ready-to-wear. Kesemuanya nampak customized dan bersuntik aura glamor padanya.

Antara elemen-elemen yang digunakan Miller dalam mereka helaian untuk Dynasty termasuklah strong shoulder pad. Ini bagi saya melambangkan kuasa. Kerana strukturnya itu sendiri menampakkan penampilan watak-watak wanita dalam siri ini sebagai berkuasa dan tegas. Selain itu, helaian lain yang sering digayakan juga ialah wrap dress yang menegaskan lagi bentuk tubuh hour glass Alexis. Topi besar juga sering menemani sebagai aksesori. Power skirt suit melambangkan personaliti strong Alexis, oversize shirt dalam fabrik sutera dipadan bersama cropped pants dan terkadang-kadang Alexis gemar sangat menggayakan topi bulu dan fur coat is a must. Skarf membaluti kepala juga bisa menjadi panduan dan inspirasi untuk hijabi out there. Who says hijabi can’t be as glamorous as Alexis. Ya, jadikan Alexis Carrington sebagai inspirasi kamu bergaya atau tak salah mengambil personalitinya itu dalam memacu hidup kamu sebagai wanita berjaya dan berkuasa.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE