SEARCH

Pertunjukan Fesyen Hebat Ulang Tahun Fendi ke 90 di Trevi Fountain

Pertunjukan Fesyen Hebat Ulang Tahun Fendi ke 90 di Trevi Fountain
Fendi2_stailMY
Gambar: Huffington Post/ Gettyimages

Berita yang keluar tahun lalu di mana rumah fesyen Fendi memutuskan menyumbang dana untuk proses restoration Trevi Fountain di Rom tentunya sesuatu yang menggembirakan seluruh dunia. Fendi menyumbang €4 juta untuk pembaikpulihan ini. Restoration ini mengambil masa 18 bulan dan lengkap lewat November tahun lalu. Namun kita sama sekali tidak menjangka, Fendi sudah merancang semuanya. Restoration lengkap tahun lalu, Trevi Fountain yang menjadi mercu tanda Rom ini (sejak zaman Audrey Hepburn dalam filem Roman Holiday lagi) rupa-rupanya dijadikan latar untuk Fendi kepada pertunjukan fesyen meraikan ulang tahun mereka ke 90 lewat Jumaat lalu.

Pertunjukan fesyen yang berlangsung di akhir minggu fesyen couture Paris ini terlihat sungguh agung. Tentunya maestro Karl Lagerfeld sangat bijak dalam membuat curation untuk sebuah pertunjukan yang hebat. Berhadapan Trevi Fountain dibina runway daripada kaca memberi ilusi seolah-olah model-model berjalan di atas air. Ini mencipta efek yang sungguh mengagumkan. Antara model yang melewati pula termasuklah nama-nama favourite Karl waktu ini seperti Kendall Jenner dan Bella Hadid. Tetamu dan hadirin bukan sahaja terpukau malah ia memberi pengalaman yang sungguh majestik seperti yang tak pernah dialami sebelum ini oleh sesiapa pun. Karl dan pereka Silvia Venturini membuat final bow untuk pertunjukan ini.

Fendi1_stailMY
Gambar: Huffington Post/ Gettyimages

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE